Alhamdulillah swied 12 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. special thanks to all the steering committe yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, despite of few obstacles here and there. InsyaAllah, program ini telah berjaya memberi manfaat kpd orang lain dan juga terhadap diri aku jugak. Semoga Allah memberkati dan meredhai program ini dan kami dapat saham di akhirat kelak.
Amin.
Let pictures do the talking =)
Selepas 3 hari berinduksi di UIA, kami akhirnya bertolak ke Kg Kandai Alor Setar pada 29/8 malam.
30/8/2012
Kami tiba di Alor Setar kira-kira jam 5.40 pg. Kemudian kami solat subuh di sebuah masjid di situ (aku kurang ingat nama masjid itu). Kebanyakan sisters terus mandi dan membersihkan diri namun brothers belum (mungkin kerana menunmpukan untuk solat subuh). Lebih kurang pukul 7pg, kami menaiki bas dan ke Pasar Besaq Aloq Staq, dan bersarapan di situ. Aku makan roti canai kosong + teh ais (mak aih, minum sejuk pagi2 hehe)
Pukul 10 pg, kami berangkat ke jamuan aidilfitri bersama PM (ehem2). Berapa kali betulkan tudung tak tahulah, neves nak jumpa pm ;p Makan, makan, melantak dan makan, akhirnya kami mula berangkat ke kampung kandai pada jam 12 tengah hari. Dimaklumkan PM kite (untuk semua #eh) akan sampai pukul 1 ptg, so tak sempat nak jumpa. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
Lebih kurang pukul 2, kami tiba di kampung kandai, dengan bantuan tourist guide dari PM kami, Encik Paan Yusuf dengan moto besaq die hehe. Sesampainya kami di sana, barulah kami tahu yang bas tak boleh masuk sampai ke dalam, cuma boleh hantar sampai kat jalan besar. Jadi, kami kenalah berjalan kaki dengan membawa beg2 kami yang boleh tahan beratnya, hinggalah tiba di dewan kampung tu. Adoi, jauh jugak, siyez huhu.
Lepas settle down sume, para sisters di jemput untuk diangkut oleh kak mira untuk solat dulu di masjid kg kandai tu. Kami solat jamak berjemaah dengan berimamkan Syime samsi hehe. Then, sume tukar baju formal swied 12, dan mula berangkat ke dewan kembali untuk setting dewan for opening ceremony yang akan berlangsung pada 5 ptg nanti.
Itu ini, itu ini, sampai waktu opening ceremony. Masa ini agak kelam kabut sebenarnya, yelah kami pon pertama kali jumpa dewan ni. Then nak pasang PA system bagai, dengan skrin nye. Banyak nya decision kene buat on the spot tu jugak. Nasib baiklah sume komiti memang terbaik, flexible dan tidak mudah menggelabah. Kredit to olls :) Tapi, yang slack sket, Prof K datang awal. Masa tu opening stil tak leh start sebeb masih tunggu VIP yang lain. Jadi nampak sedikit janggal kat situ. Nasib baik ade azim, dia yang entertain Prof K.
Bla and bla, speech.. speech.. tiba lah waktu pembahagian anak ankat. Jeng! Jeng! Jeng! Sedih sikit lah masa ini. Dah la mula-mula berdebar-debar,(diaorang panggil sorang2, then ambil gambar kat atas dewan) tak tahu dapat bapak angkat siapa kan, and siapa yang duduk satu rumah sekali dengan kita (dalam kalangan komiti), bila dah tahu tu, boleh pulak bapak angkat tak sampai lagi. T__T Yang epic nya, nama aku dan wawa, yang paling last dalam list anak angkat untuk sister. Tunggu punya tunggu, boleh pula tiba-tiba bapak angkat tak datang kan. Memang sedih. Tapi sekejap jela, lepas tu dah no hal dah. Mak angkat datang. Mak cakap ayah malu, sebab kena ambil gambar. dah datang dah tadi. kuang3. haha.
Dipendekkan cerita, kami pon sampai la di rumah mak dan bapak angkat kami. Kat situ, aku kenal tokwan, tok, una, kushairi dan mujib. Comel2 semuanya hehe. Ah, ada sorang lagi, abang si una ni, tapi aku tak cakap mana dengan dia sebab dia selalu tak ada kat rumah. Tp okay jugak, sebeb dia ni anak teruna, tp still satu tahun muda dari aku.
Adik2 angkat aku semue terbaik. Kejap je mesra dengan kami, Peramah orangnya. Pon same jugak dengan mak dan bapak angkat dan jugak tok kami. Depa sume berniaga, bukak kedai makan mee sup. Sedap cek habaq mai hehe. Tp sedap ag yg mak betoi punye kot hehe.
Malam tu, ada tayang perdana, "Hafalan Solat Delisa". Una dengan Kushairi ikut sekali pi tengok kat dewan. Alhamdulillah semua berjalan lancar cume banyak nyamuk sket. Kesian kat budak-budak. Yang yang terbaiknya, diorang still cool, stay sampai cerita tu habis. Yang nangis pon ada, yelah sedeh cite ni. Pasal seorang budak yang kehilangan keluarga akibat tsunami di acheh pada 26 disember 2006 tu. Habis tanyangan, Hafizuddin (jubek) ketua DnT, bagi sedikit penerangan dan simpul balik semua nilai-nilai yang ada dalam cerita ini. Bagi adik-adik faham apa yang cerita ini cuba sampaikan. Sebenarnya inilah salah satu pendekatan kami untuk menyampaikan pada adik2 tentang islam dalam cara yang santai.
Lepas tu kami ada briefing dan postmortem. Dalam pukul 12 malam, aku dan wa balik rumah. Ayah datang ambil. Singgah kedai kejap lepas tu night2, sweet dreaamm =)
p/s: esok sambung 31/8/2012 pulak. bye.








































No comments:
Post a Comment