Tuesday, December 31, 2013

Memories are sweet

Assalamualaikum

Hehe, nama saya Sazi. Takde kije gi introduce diri tibe-tibe kan. Kite cume nak kate, kite appreciate semua memori memori yang best best. Cume kite kadang kadang terlupa sebab sistem ingatan kita kadang kadang suke main pop up macam tu. So kadang yang ni ingat, kadang yang tu pulak ingat. Tapi yang pasti semua memori yang mana mana saje lah, memang best best belake =D

So lets throw back this sem and aktiviti kita yang memang best dan tak akan di lupakan ek. Takde main nombor, just events yang pop up in my mind kayy.

SCIENCESS Cycling Day

A programme collaboration with terrrbanyakkk agensi luar yang kite pernah terlibat. Well, kite, eh bosann la men kite kite ni haha. Aku! Ha kan senang ;) Saje ingat nak ikut orang tuu. Yang aku pernah terlibat. But aku tak nak ambil kredit yang pasal kerja tu sebab aku hanya kabinet bayangan. Ada orang lain lagi yang incharge this program rather than me. Hehe. I'll talk this as behalf of being one of the participants of this program. The story began...

Pit-stop ke dua (depan masjid negeri Kuantan)

Aku: Jom min, get ready!

Min: Jom2!

At the end, Min cycle dengan Farahin and aku end up cycling dengan kakak master. Tapi tapi, kakak master tu nak cycle dengan kawan dia pulak kat belakang.

Aku: Tolong pliss jangan biar aku cycle sendiri. Kenapa aktiviti yang amat aku nanti nantikan jadi nightmare nii. Tidakkk. Aku tak nak cycling sengsorang. Lonely sangatt (dalam hati)

I end up cycling alone. Huwaaaaa. Nak nangiss.

Then, knight of armor datangg. Si Farahana. Hehe. Dia dengan laju memintas dari belakang. Bila aku nampak je kelibat Fana ni, aku terus nampak kilauan harapan yang tak berbelah bagi.

Eh, korang tak tahu macam mana perasaan lonely aku mase kena cycling sorang sorang tu sob sob

I end up again, cycling with her, With full of laughter on the way to Pantai Sepat.

Kiteorang tegur semua pak cik mak cik yang ada kat tepi jalan tu. Kiteorang interprem sekali dengan gaya 'peace' setiap kali ade camera. Kiteorang beri galakan pada orang belakang supaya kayuh laju sket hehe. Kiteorang sembang dengan  pak cik polis bekeng, sambil cyclee. Yang penting sekali, kiteorang baru belajar nak tukar gear basikal tang tu jugak haha. Tu pon nasib baik ada berader tolong ajar. Kalau tak jenuh nak mengayuh, gear berat!

Then, kiteorang antara yang terawal gak yang sampai kat Pantai Sepat tu (peace)

Sampai kat sana, the event gets more happening. Ada yang gi tolong kacau bubur asyura yang orang kampung ramai ramai buat. Ada jugak yang kena gotong royong kawasan surau. Aku la tu! Haha

Aku: Min, macam takde sampah je *gaya malas nak kutip

Min: Ha ah macam dah bersih je kan.

Aku: Eh tuu tuu ade tuu *sambil tunjuk plastik sampah gula-gula

Min pon kutip. Hehe.

Fana pulak sibok ronda ronda kawasan. Orang besar program la katakan :P

Then, majlis penutup. Majlis penutup kiteorang diserikan dengan persembahan ala ala  tarian seni mempertahankan diri. Aku lupa apa benda tu. Ada salah seorang abang rambut panjang yang perform tu tak berapa boleh sepak sangat, then ada suara kat belakang cakap, "Abang rambut panjang! Abang rambut panjang!"

Haha. Kuang asam betol.

Ada jugak persembahan dari Sciencess Acustic Team. Nice one!

Dah habis tu, mula lah sesi fotography. Gempak habis. Semua orang happy macam kenal semua je. Yang tak tahannya,

"Magenta! Magenta!"

Habis sume nak bergambar jugak =.='

p/s: Magenta nama batch kiteorang

Last, let the photos talk ^_^















Happy ^_^

Tu je, lain kali pula ya. Dada :)



My little Mitty



Assalamualaikum

A story with message to be brought.

Nice :)

Someday i would really like to travel. Betul. Dah lama pasang niat. I would really hope that someday Allah will realise my dream. Tapi bagaimana dan bila aku masih tidak tahu. Aku masih mencari di mana ceruk pelusuk dunia ini dapat aku barbakti setakat yang aku mampu untuk dunia. Aku masih mencari tujuan dan erti.

But i really wanna go out there. Outside the norm that I have. Dunia ini sangat luas dan indah. Masha Allah. I believe it is really amazing out there. Ahh, I cannot imagine how much things I can learn in order to know Allah more.

Okay, otak mung kena do extra work from now on okayy. You're incharge in planning my outdoor trip after  I graduate. Mesti taw. Hmm, mungkin buat master kat negara orang? For now, that is in my mind. Aku pon ade terpikir which country I should go? What kind of study I want to pursue? What about my marriage plan? How about the money?

Hmm. A lot of things to think. Dakpe dakpe, slow slow ya otakku sayang.

My dream is to learn about al-Quran. Yup, serious. Dead serious. Hehe.

Itu dream aku sejok aku tingkatan lima lagi. Tapi sampa sekarang dok tercapai lagi. I'm already 22 you know. Time is sure flying fast!

Mungkin aku kena diletakkan situasi macam Mitty baru aku boleh realise dream aku. Hmmph

Okay, that's all for now. Dada :)

I want really to go here :)







Sunday, December 29, 2013

Losing words



Assalamualaikum


Do you ever experience losing words?

It happen to me recently. Sungguh. Aku rasa ini season aku hilang perkataan. Kadang-kadang it feels like having short term memory. I couldnt recall even simple words huhu.

Nak habaq hang

I lost words during my presentation too. Ohohoho~

Tu je. Dada.


Tuesday, August 20, 2013

Video kontroversi

Bismilahirahmanirahim

hari ini aku membuka youtube dan aku terjumpa sebuah video yang bertajuk "pengikut ustaz azhar bodoh?? teguran TG Syeikh Nuruddin Al-Binjari terhadap UAI"

mula-mula aku tak berapa sudi nak buka video tu. tengok tajuknya saje dah taw macam ade yang tak kena

kedua-dua ulamak itu memang ulamak yang memang amat aku hormati. sangat. keduanya memang tinggi ilmunya dan tak layak pon bagi aku yang amat jahil ni nak menggambarkan ilmu mereka

hanya jauhari yang mengenal manikam, bukan?

tapi entah kenapa, jari aku klik juga di video itu

lalu aku menontonnya (tak perlu share pon video tu)

astaghfirullah.. sesiapa saja yang mengepost video itu di laman youtube, jawablah nanti dengan Allah SWT kerana telah melaga-lagakan ulama

bukan setakat tu, malah menginduce public yang kebanyakan nya 'kurang' ilmu agama untuk rancak berkomen di ruangan komen

tanpa mereka sedari, yang mereka komen itu adalah para ulamak

ulama itu pewaris nabi, harus kita muliakan!

perbezaan dan berlainan pendapat itu adalah rahmat dalam agama, melainkan perkara itu adalah perkara yang telah disepekati ulama hukumnya

Imam Syafi'e dulu tak baca doa qunut masa solat subuh di tepi makam Imam Malik kerana hormatkan pendapat Imam Malik yang tiada qunut dalam solat subuh

tengok, betapa Imam-Imam terdahulu berlapang dada dengan perselisihan pendapat

jangan sampai ada yang melihat video itu, dan mereka mula membanding-bandingkan ilmu kedua al-fadhil ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Syeikh Nuruddin

dan paling teruk, mereka mula cuba menghakimi mengikut 'ilmu' yang mereka ada, yang mana salah yang mana betul

astaghfirullah

aku pon sebenarnya terfikir ke arah tu dan lepas solat maghrib, aku membelek al-quran dan terjumpa ayat ini..

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah mereka dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

[An Nahl:125]

tengok, Allah kate Dia yang Maha Tahu siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk, bukannya kita.

jangan sampai kite berdebat for the sake of want to win, atas perkara yang kita sendiri pon tak tahu

tapi, apa yang patut kita lakukan ialah berdakwah, iaitu menyeru manusia kepada Islam

Allah..

terima kasih Allah

Allah ada, Dia berkomunikasi dengan kita melalui Al-Quran

#Terharu T_T

Thursday, August 15, 2013

Tetiba rasa rindu Rasulullah

Kisah akhlak Nabi SAW dengan seorang sahabat yang buruk paras rupanya..

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.


Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya):

 “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. 


Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata:


“Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”

Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata:


“Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”.

 Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir:

“Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”

 Musnad Ahmad

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

dari segi aku:

masha Allah. kalau kita tengok diri kita sendiri pon, rasanya kita tengok juga rupa paras kawan-kawan kita. bukanlah hingga pulau ke apa, tapi buleh tepuk dada tanya sendiri.

ini Rasulullah begitu mesra sehingga memeluk sahabatnya itu dari belakang dan bergurau mesra.

Allah..

betapa indahnya akhlakmu ya Rasul Allah..

allahu a'lam

Lagi bagus kalau Malaysia menjadi seperti Mesir?

Assalamualaikum

here i am. at the same spot. doing the same thing

terkini  di mesir:

lebih 2500 syahid
lebih 3000 ditangkap
lebih 10 000 cedera
lebih 200 jurugambar dibunuh
dataran raba'ah dikosongkan tentera
hospital lapangan raba'ah ditutup tentera
hospital lapangan nadhah dibakar tentera
doktor2 bertugas ditangkap tentera

berbalik kepada tajuk entry

lagi bagus kalau malaysia  jadi seperti mesir?

ya Allah aku berlindung kepada Mu dari setiap perucapanku

bukanlah aku menganggap aku sama kuat dengan saudara-saudara kita di mesir yang amat cintakan kematian dan rindukan syahid

mereka masih kekal di medan walaupon mereka tahu mereka mungkin ditembak oleh tentera yang sudah hilang perikemanusiaan

Allah..

pertama kali aku membaca di dada akhbar setelah peristiwa penggulingan presiden mesir, Dr Muhammad Mursi yang menayangkan tentera menembak penyokong Mursi beramai-ramai ketika mereka sedang solat subuh di medan

Allah..

rakyat yang tak bersenjata ditembak beramai-ramai?

apa agaknya justifikasi yang mereka gunakan atas kekejaman yang mereka telah lakukan ini?!

hati robek. air mata mengalir

namun, perasaan itu hanya ketika itu. saat kaki mula meninggal dada akhbar itu, aku mula melupakan saudara-saudara ku itu. dan darah mereka. dan mula mengerjakan kembali rutin harian ku

apa yang mampu aku lakukan??

apa yang telah terjadi kepada dunia. namun, aku tak mampu melakukan apa-apa, selain mengirimkan doa qunut nazilah setiap kali usai solat

setiap kali, aku jadi terfikir apakah lebih baik malaysia menjadi seperti mesir atau kekal 'aman makmur' seperti sekarang?

di mesir, peluang untuk syahid ada di depan mata

Allah..

sungguh aku tak tahu apa yang akan aku lakukan jika aku berada di  tempat saudara-saudara kita di mesir. aku tak tahu apa aku cukup kuat untuk menyahut panggilan jihad itu

tapi satu yang pasti, aku cemburu dengan mereka. kerana Allah mengurniakan peluang untuk mati jihad kepada mereka

mesir adalah bumi berkah yang cukup terkenal dengan perujuangan jihad bermula dari zaman para anbiya dahulu lagi

tak perlu untuk aku huraikan dalang-dalang di sebalik penggulingan Mursi. aku gelarkan sahaja dalang-dalang ini 'mereka'

'mereka' memang tidak akan betah melihat seorang pemimpin Islam yang membawa syiar Islam yang suci, bijaksana, adil ke bumi mesir kerana takut islam akan bersinar dan kegemilangan islam kembali

'mereka' tidak akan membiarkan kepempinan Mursi mengganggu perancangan mereka kerana mereka kini telah menguasai dunia

tapi mungkin mereka tidak tahu yang Allah telah menjanjikan kemenangan kepada kita, cuma masanya belum tiba

oh maaf, mungkin mereka tahu, cuma mereka terlalu sombong untuk mengakui nya

pointnya aku sebenarnya, aku bimbang dengan keadaan kita di malaysia ini !

ya saudara kita di mesir, di syria (Allah, kanak-kanak disembelih, wanita di cabul kehormatan T-T), di palestin

mereka bermandikan darah setiap masa tapi hanya jasad mereka ditindas, dizalimi

hati dan jiwa mereka benar. taqwa mereka kepada Allah melambung tinggi. mereka juga dikurniakan jihad. orang yang mati jihad hidup di sisi Allah!

tapi kita??!

jasad kita dimanja, dibelai, disuap pelbagai nikmat, kemudahan, kesenangan

tapi hati dan jiwa kita??! ke mana??! ke mana sahabat-sahabat?

ke karok, ke rempit, ke cite cite korea, ke lepak, ke dadah, ke gejala sosial, ke pelbagai jenayah

yang akhirnya dapat aku simpulkan, jiwa dan hati kita hanya di sogok untuk memburu DUIT dan HAWA NAFSU

di akhirat kelak, mana yang laku?

jasad atau hati?

rupa paras, kekayaan atau taqwa?

Allah..

sungguh aku tak bermaksud aku ini lebih baik daripada orang lain, aku cuma menukilkan apa yang terkandung dalam otak pemikiran aku

kadang aku menangis sendiri, namun aku kembali melakukan rutin harian ku

wallahu a'lam


Wednesday, August 14, 2013

syukur



UIA kata "sentiasalah kita bersyukur dan bertaubat kepada Allah. Hari ini kita dipanggil dengan nama yang indah, tetapi esok kita mungkin dipanggil 'jenazah' "

jika perkataan 'tak best' yang selalu keluar dari mulutku, tidakkah aku menjadi hambaMu yang tak bersyukur?

Astagfirullah T_T


Sunday, August 11, 2013

Ikut mood ;) *selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin :)

selalu je berhajat nak buat entry baru tp kalau time takde mood tu, mmg rase malas sgt nak menaip. idea pon kering je.

ni salah satu tanda tak berapa nak istiqamah kan.. ish ish

takpe lah, kali ni ade mood sket nak buat entry baru.

taqaballah minhu wa minkum..

tahun ni raya rasa sangat semput. ye lah, balik rumah sehari sebelum raya. rupanya kat rumah tak buat persiapan apa-apa pon lagi. kalut lah lepas solat terawih, keluar gi bazaar, cari tu cari ni. orang ramai sangat, fuh nak bernafas pon susah. kalau nak diikutkan hati, tak nak ikut pon mak ngan akak keluar gi cari barang2. tapi nanti nampak macam 'jual ikan' sangat pulak kan. lotih den

bukan lotih buat ibadat, tp lotih buat persiapan raye. ish ish ish

kuih raya pula langsung takde yang home made tahun ni. ye lah, aku balik sehari sebelum raya. tak sempat nak plan cantik2 nak buat almond london ke, ngan akak. jadinya kuih tunjuk ajer la

tapi yang lainnya tahun ni, sehari sebelum raya, pak sedara ajak kami sepupu sepapa gi bersih kubur nek ngan tokki. alhamdulillah, lepas bersih2 sume kiteorang sempat sedekahkan yassin kepada keduanya.

Rasulullah suruh kita ki melawat kubur untuk ambik pengajaran. Saidina Uthman pulak setiap kali ke kubur, basah janggutnya kerana mengangis takutkan Allah.

aku? Allah.. hanya Allah yang mengetahui

malam raya, duk pulun kemas rumah ngan tolong mak masak2 tuk juadah di pagi raya.

menu pagi raya: laksa terengganu (sedap nyeww), rendang (kalau mak masak mmg kaw), ketupat

tu je. simple je kan?

raya tahun ni, lagi kelainannya, banyak sesi fotografi. maklumlah abah dah jadi fotographer sekarang. nak tengok tak gambar raya kiteorang?


ini formal

ini tak formal hehe


sekian sahaja update dari saya. salam :)

semoga Allah menambah kebaikan kepada saya dan kamu :)

Thursday, August 1, 2013

I'm back!!! :)



Assalamualaikum

Hi, i'm back. sorry you sbb lama tak update. my life had been very hectic recently

u can't never imagine how tough my life had been for me sejak semenjak kita mula intern ni.

everything start very smoothly at the very beginning. it's heaven, i would say!

But somehow, Allah doesn't give His permission for us to stay like that and He take everything just in a split of time

How bad my life would be, but i still believe, as long as it is from Him, then, i'll be okay

Friends, maybe i would be a little different for this period of time, but i really like to seek encouragement from u guys

I needed it

but don't worry, everything is just fine as it do :)

i'm five..
*u're lying, u're not fine! why? because u said u're five, not fine =.='

hehe

right now, i want to smile. i want to be hambaNya yang bersyukur

despite of what i lose, i believe there are still more that i have, which is why i need to say

THANK YOU ALLAH ^_~

one of them, is to have friends like u guys ;)

# syuaidah, i was very touched with ur post at fb. really  mean a lot to me. my eyes getting teary, reading that. thank u friend, serious, from my sincere heart. i am sorry if i have hurt ur feeling, i don't really mean to. if u have forgiven me, please do not emo again with me. i am really sad everytime reading ur message (fon/fb) saying things like that :( i really hope u know me better

#farahana, i am touched, really, with ur entry on wishing me birthday. why wouldn't i read it earlier?? then, i guess it will really cheer me up during my gloomy days. and not to forget, thank u for sending me kad raya :)

#dayah, thank you :) i know u  know what i mean :)



there is always light, isn't it? so, smile =)

dada, doodles!

wassalam ^^

Sunday, June 2, 2013

# One of great holiday with family

Assalamualaikum wbt

Aku tataw. Siyez aku tataw betol tak keputusan aku tuk tak stadi malam ni T.T

Takpelah, skang dalam mood nak post entry baru kih3

Trip to Cameron Highland on the way balik wedding along, May, tahun lepas.

Super best, with all the konvoi with family from my mother's side.

Da very happening one. Sampai sekarang teringat-ingat lagi :)


beautiful view

fuh nasib baik budak kecik tu tak nangis :P

Cik ngoh, angoh, opah, pok yang, kak long (dari kiri)

with ateh. mcm tourist x? :p

oh mama, sy mau kawen.. keh2

cik ngohh 

that's my akak

one big family

there u are cameron :)

Family. They always warm our heart ^_^

#Go go exam!! :P

Saturday, June 1, 2013

My Roomates are Unique!! #1





Assalamualaikum

This entry i will dedicate to my roomate during my days in UIA kuantan ^_^

Alright, I have 3 roomates which they are all unique, when i say unique, that's mean really unique hehe

Ok, yang pertama namanya Shuaidah Husain. oh, my bad. the right way to spell her name is SYuaidah, even though aku taw doh, i'am always mistake it with SH. sori syu. biyanne hehe. ok, Syuaidah ni PM bilik kiteorang. suit her personality, seriously.

How would i say, syu adalah jenis orang yang menghiburkan which bilamana je ada class presentation, people will having good time watching her present. She has dry humour talent hihi.


Selain daripada tu, syu is a very strict person, of course in a good way. what else should it be (hihihi *gelak jahat) . when die nok tido, she will just sleep despite of any the circumstances. ya, very interesting person.

and what i like about her is that, she has a very pure heart. even though sometime, her act might piss you, but believe me, it was never her intention. everything she did, she has a quite good reason for it. it.. it..  just maybe sometime we don't see it. that is why, when ever with syuaidah husain, u just need to have faith and believe her. She will not disappointed you, but do not have very high expectation sgt. hehe *ampun syu

she is very straight forward person. when she hungry, that means she need to eat. ya, by all mean, please give food to her hihi.

and i would say too, she so sweet. there is time where i really touched with her, she give chopper for my birthday present. before that, i was quite offended because when we go out, she had disappear no where. oh ho, my thought at that time "adoyai mane la budok ni, hilang sokmo =.='" but then, it turns out that, she slip to go buy my birthday present *oh so sweet.

sincere from my heart, this person is so unexpected person. haha.

fyi, chopper is one of my favourite creature hehe. His full name is Tony Tony Chopper :)
This is Chopper. Kiut kan? :)



And oh, her tudung. hihi. She always can not make it right. She has this kind of habit, ukur kerongsang yang dekat tekok tu sama tengah2 ke dok. Katenya cikgu sekolah rendoh yang ajo. Shomell dok? hee

Last but not least, she's cute people *oh syu, buleh doh belanje nando lps nih keh3


there she is :)

Okay doodles. 

Nantikan #part II ye ^_^

Allahumma bariklana fi rejab wa syaa'ban wa balighna Ramadhan





Wednesday, May 22, 2013

Exam mode

Assalamualaikum wbt

pliss pliss pray for me for this upcoming exam. serious sangat takut. sem ni rasanya mmg tak dapat nak commit sgt in term of pegi kls awal, concentrate mse lecturer mengaja. memang out.

since sem ni banyak g jejalan, aku rasa aku jadi lemau, mls belajar. ish2

now it's exam mode, i believe i still can do da best. insha Allah i will

pliss pray for mee..

-library resident-




bubuye.. its environmental LAW time hehe :)

Wednesday, May 15, 2013

Gloomy

Assalamualaikum.

I might be crying while writing this post.

Entah.

Mungkin itu perkataan yang paling sesuai untuk aku guna sekarang.

Entah, aku tak tahu kenapa hati aku rasa sedih.

Entah, aku tak tahu kenapa aku rasa nak nangis bila nampak lambang barisan nasional (this is totally free politic, don't narrow ur mind)

Entah, aku tak tahu kenapa hati aku berteriak dari dalam setiap kali home facebook aku keluar post dan gambar tentang penyiksaan dan penderaan yang berlaku di syria

Damn. This is totally no kidding yet, i'm still doing nothing about it

and worse, when this "no kidding thing" become "dah biasa"

My feeling now is .. "SOMETHING IS DEFINITELY WRONG WITH OUR WORLD T__T"

[ i really should't be like this, seriously ]