Wednesday, May 30, 2012

why do i need to write blog

Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam

Pujia-pujian dan salam buat junjungan mulia Raslulullah SAW *sollu a'lan nabiy!*

emmm... it just come to my mind..

why do i need to write blog?

is it hoping for somebody to read it and know story about me?

or is it, to my satisfaction? to read what i wrote?

ari tu ada orang bagitahu, 

tulislah blog sebagai harta simpanan kita

like, documentation of our own life journey

untuk tatapan diri sendiri..

memori kan something yang precious

boleh anak2, cucu cicit baca nanti.

but...

i dont know whether i'm into that suggestion or not

i'm myself dont know why i should write blog

why i should susah2 write things about me etc

and let in berkeliaran dalam negara internet ni

i dont know..

nak kata untuk sebar ilmu

i'm not a person who has 'banyak ilmu'

banyak dosa adalah *astargfirullah

i dont know

but i'm hoping

if anyone 'ter' baca

juga untuk tuan belog sendiri

semoga dapat walau sikit pon takpe, kebaikan

well i dont know in what terms..

sesungguhnya Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan

Allahu a'lam

Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum ya Rasulullah


Bismillahirahhmanirahhim

Assalamualaikum wbt

Hati gersang menjadi hidup

Diri yang lalai menjadi sedar

Dunia yang lazat menjadi tawar 

Ya Rasulullah, 

Sudikah engkau memandang wajahku?

Sudikah engkau memberi ku minum di telaga kauthar mu?

Maafkan aku ya Rasulullah

Andai rinduku tidak sehebat pohon kayu yang merintis merinduimu

Aku malu pada Tuhan Sang Pencipta

Aku malu dengan dosaku yang bertimbun

Aku malu denganmu ya Rasulullah

Aku ingin sekali menatap wajahmu yang indah itu

Indah nian bak bulan purnama

Namun mata ini penuh noda

Penuh dosa

Tak layak rasanya untuk melihat susuk tubuhmu yang penuh mulia

Alangkah nikmatnya

Bertemu denganmu ya Rasulullah

Aku malu untuk mengucapkan kata rindu

Bimbang ia hanya di bibir

Allahu Akbar

Allah Maha Tahu banyak mana dosa-dosaku

Ya Allah

Kau berilah kekuatan untuk aku terus mengamalkan sunnah RasulMu

Supaya kelak 

Engkau dan RasulMu sudi memandang dan melihat aku

Allah Allah

Tidak dapat aku bayang nikmat dapat melihat wajah

Kekasih Allah, Rasulullah

Hanya air mata menemani 



pelajar UIAM bermimpi bertemu Rasulullah SAW

MashaAllah!

(T_T)

Doakan aku dapat bersama dengan Rasulullah SAW di syurga kelak. Amin



Sunday, May 27, 2012

this feeling

Assalamualaikum

Masha Allah, tengah stadi UNGS ni. 

Tapi tetiba gi bukak blog orang atas recommendation seorang rakan

adus!

I'm always a silent reader.

Do you kow the feeling of a silent reader?

Alaa, feeling tu..

inferior, perhaps?

Aaa skang ni duk ada dalam jiwe ni..

Adoi3. 

Dah2, nak sambung stadi.

"The believers, men and women, are protectors one of another: they enjoin what is just, and forbid what is evil: they observe regular prayers, practice regular charity, and obey Allah and His Messenger. On them will Allah pour His mercy: for Allah is Exalted in power, Wise"

At-Tawbah:71

-taken from UNGS note-

seyum dan bersyukur (^_^)

wallahu a'lam








Tuesday, May 8, 2012

Musim Tu Dah Start Balik Dah :P

Bismillahirahhmanirahhim

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan islam yang Kau kurniakan pada hari ini, saat ini pada hamba yang penuh kekurangan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan taufik dan hidayahnya pada kita semua. Amin.


Back to tajuk entry. Masha Allah. Subhanallah. Meh tengok video ni.. 



Tudia. Kat telinga ni dah penuh da orang cakap sweet2... Mula lah kawan-kawan ramai dah yang start bukak topik kahwin muda. (tapi aku diam je :p )

Masha Allah. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulutku ketika itu. Bukan apa, cuma langsung tak expect yang seseorang boleh menjadi romantik, at the same mengikut shariah. Ye lah, kan kita tahu, manusia yang paling romantik adalah Rasullulah. Masha Allah, baginda sangat romantik pada isteri baginda. Berlumba lari dengan Saiditina Aisyah ra. Ada satu ketika baginda makan daging (kalau tak silap) bersama Aisyah, hingga akhirnya bibir mereka bertemu. Romantikkan Rasulullah? ^_^

In context video kat atas, kita bukan ambil hebahan perihal pertunangan itu, (sekarang dah bernikah, alhamdulillah) namun yang kita ambil adalah jalan yang si muslimin itu ambil untuk approach orang yang dia berkenan. Masha Allah, semoga Allah menambahkan kefahaman agama kepada kita semua. Juga semoga video ini dapat menjadi salah satu jalan dakwah buat mereka yang masih memilih untuk couple ataupun couple-tapi-tak-declare di luar sana. (aku tahu aku ketinggalan, video ni dah lame keluar -,-)

Apapun bentuk relationship antara lelaki dan perempuan andai tidak berniat ke arah perkahwinan adalah haram. Hatta, yang dah bertunang pon masih tak boleh berhubungan sesuka hati. Jagalah keberkatan itu kerana ianya pemanis selepas perkahwinan. Andai sebelum kahwin pon kita selalu contact dengan dia, bermesej-mesejan (yang hanya kita dan dia sahaja yang tahu), siapa boleh jamin dia tak akan buat begitu dengan wanita lain walaupun selepas kahwin nanti?? 

Slogannya ialah... makin banyak kita simpan, makin banya kemanisan yang kita nikmati nanti setelah nikah! :)

Masha Allah, panjang lebar pasal nikah. Dah nak kahwin sangat ke aku ni?

Tak. Tak. Bagi aku formulanya senang. Cinta Allah.

Andai ada lelaki yang datang dalam hidup aku sebelum aku betul-betul gapai cinta Allah, pada aku, ianya satu masalah. Kerana aku takut nanti aku terlebih sayang padanya berbanding pada Allah. Kerana pada hakikatnya, sebelum atau selepas kahwin sama sahaja, formula kita hanya cinta Allah dan RasulNya.

Kerana.. suami kita itu juga adalah milik Allah. Tak ada sesuatu pon di dunia ini milik kita, melainkan semua milik Allah. Andai Allah datangkan  jodoh, semoga bersama jodoh itu, cintaku kepada Allah semakin bertambah.

Masha Allah, untuk si dia 'bakal suamiku'

Aku tak bimbang kerana Allah telah menjanjikan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik
Cuma sekarang ini aku tengah berusaha untuk menjadi salah seorang daripada "perempuan yang baik" itu
Aku percaya engkau juga begitu
Sama-sama kita menjaga diri
Kerana kita ada Allah
Aku sangat yakin akan pertemuan kita
Kerana percaturanNya sangat hebat
Letaklah cinta Allah dan Rasul di tempat paling teratas
Dengan itu engkau akan melakukan semua perkara bersyariat
Hanya itu yang aku minta darimu
Kerana engkau yang akan membimbing aku dan anak-anakku kelak
Setakat ini sahaja dariku
Kerana aku masih perlu mempersiapkan diri untuk menjadi sayap kiri mu kelak

Hingga tiba waktu itu
Assalam.

Wallahu a'lam.