Sunday, June 24, 2012

12.33 a.m

aku sentiasa merasakan diriku baik

namun sesiapa, tolong korek jantungku ini

engkau akan berjumpa dengan penuh tompokan-tompokan hitam

astaghfirullah

Saturday, June 23, 2012

Episod redha





Bismillahirahhmanirahhim.. Allahumma solli a'la Muhammad


Alhamdulillah. Hari ni Allah masih sudi meminjamkan nikmatnya pada aku, mak ayah, adik beradik dan orang di sekeliling aku. Alhamdulillah.


Sebenarnya malu nak mencoretkan kisah ini kerana ujian yang Allah bagi tu macam kena gigit semut je, kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih besar, lebih hebat dugaannya. Namun, aku hanya mencoretkan kerana.. ya, memang itu yang aku lalui dan memang itu yang aku rasa.


Selang beberapa ketika selepas result spm keluar


Kami beramai-ramai mula menyibukkan diri untuk mengisi borang biasiswa. Aku memilih MARA, ramai juga rakan-rakanku yang lain memilih JPA. Ketika itu, aku mengambil keputusan untuk memohon biotechnology. Yelah mana taknye kan, nak pilih medic, tak layak. Berkali-kali aku meyakinkan diri aku seperti ini..


"Kau tak minat pon medik. Kerja doktor tu macam lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. It's okay dear, kawan-kawan kau kan semua dah amek. Kalau semua orang amek medic, then yang lain-lain siape nak jadi? Takpe-takpe, kalau kau sakit nanti pergi jela klinik kawan-kawan."


Ya, aku bemonolog sendiri. Saat itu, walau berapa banyak kali pon aku yakinkan diri dengan monolog seperti di atas, i cannot bring myself to berkawan baik balik dengan perkataan MEDIC. 


You know, like bila aku jumpa student medic dalam tv or real life, or anybody, jiran-jiran ke, sedare mare ke, yang bakal jadi doktor, i will be like... hmmmmph! Like that..


Do you know what it's mean?? It's mean, i'm jelous! I still tak boleh terima kenyataan. The fact that aku tak boleh apply medic just because of "TIGA" in my result slip, menyiat-nyiat hatiku. Robek rasanya hati.

Alhamdulillah selepas pergi interview untuk scholar MARA, aku berjaya mendapat biasiswa itu. Course biotechnology, permohonan ijazah luar negara.


Namun lepas tu timbul pula, konflik lain. Mak aih, awat macam drama indon dah ni.allergic sunggoh rasenya dengan drama indon.


Mak aku strongly oppose me to accept the offer. Dia tak bagi sebab mak aku bimbang nak lepaskan aku kat negara orang. Honestly speaking, aku pon sebenarnya tak yakin dengan diri aku. Untuk merantau kat negara orang kan. Mana taknya naik flight pon aku tak pernah. Masa tu aku mengharap sangat tuk mak ngan ayah aku cakap..


"Acik, pegilah. Mok bagi acik g. Mok caye acik boleh survive kat negara orang. Mok support acik"


But what happen is vise versa. Mak aku tak bagi langsung dan dia kata tak percaya lagi untuk lepas aku kat negara orang. She said i'm still not mature enough. Hancur hatiku. Same goes with my father. I thought he will give me kata-kata semangat. Tapi he couldn't agree more with my mother.


So sebagai anak yang bercita-cita untuk menjadi anak mithali, aku ikut cakap kedua orang tuaku. Aku redha. Aku tolak tawaran itu. 


2009


Then, aku masuk CFS IIUM, THE GATE OF GARDEN AND KNOWLEDGE. (pergh terbaik kan slogan die, rase macam kat obc dah ni :p)


Aku sangka kemelut "TIGA" ku sudah berakhir, namun masih.. masih lagi memberi kesan di CFS IIUM ni.


Aku masih ingat mesej aku kepada ex-classmate aku di langkawi dulu. Dia tak boleh percaya yang aku tolak scholarship MARA. Then ini yang aku reply kat ni


"Yang itu aku dapat bio......................" (penulis tak dapat meneruskan penulisan kerana kesulitan emosi yang berlaku)
Hehe :P
Ehem. Ehem. Oh, sorry for the kesilapan teknikal. Kita lupakan jelah yang tu ea :P


Alright sambung, kemelut di CFS ni sebenarnya berkait dengan course. I'm still biotech here. Actually kat situ ada tiga kritikal course, which is medic, pharmacy and dentistry. I don't know why, but most everybody in my course tend to change his or her course. I was like, why??? Is it because we are not critical course??


Okay fine. Biarlah orang nak tukar course kan, yang aku emo ni apesal kan? 


It is because actually deep down in my heart, aku pon nak tukar kos jugak! Ohoho~  Kalu tak, takdela aku tak puas hati macam tu kan. Adoi, third-class minder betol la aku ni. Kalau nak tukar kos, apply je la, apa yang emo2 sangat.


But the main concern is...actually, i do feel inferior because of my "TIGA". Because of my own inferiority, i put all the blame on "TIGA". Ya, ya, aku taw tu tak adil bagi "TIGA", tapi.. tapi.. it just happen that way. 


This is my thought at that time:


Actually kalau nak tukar, aku prefer medic because i'm not really into pharmacy and dentistry. Rasa macam tak ngam sangat. Then aku dengar kalau nak amik medic, sekurang-kurang kena ada 10 A. amek kau, "TIGA" aku nak letak mane kan?


Then i just bury my intention and start convincing myself with biotechnology.


Apa yang aku pegang masa tu adalah, 


"Aku percaya ada hikmah Allah letak aku kat sini, kat situasi ini. Aku percaya aku berjodoh dengan biotech. Mungkin sekarang aku tak nampak hikmah die, but sooner or later, aku percaya hikmah itu akan datang. I will become someone in biotech area and i will contribute something to the ummah in biotech field. I believe that. Maybe if you see me now, my position is not really something you said wow, but wait for few years more, i will become someone."


Yeah, that is my monolog at that time. Itu yang aku buat everytime aku rasa down dengan diri aku. But amazingly, it worked. Yeah, that is why aku masih bertahan hingga sekarang.


Mungkin apa yang aku regret (kalau boleh tuk regret) ialah aku tak pernah pon cuba tukar kos. Aku tak pernah bagi effort pon untuk tukar kos. Kalau aku dah pernah berusaha tukar, and then aku tak dapat baru aku puas hati. Yang aku buat hanyalah dengar apa yang orang-orang cakap, khabar angin. Kan..


Allah takkan mengubah nasib sesebuah kaum sekiranya mereka tidak mengubahnya sendiri.


Maha Suci Allah, aku berlindung dengan Engkau.


Sekarang if people say MEDIC in my ear, i would't say "hmmmmph!" anymore, insyaAllah. 


Kerana kalau tidak maknanya aku masih tidak redha dengan ketentuan Allah pada aku. Astaghfirullah.


He is The Most Knoweth, The Most Loving, of course Dia memberikan yang terbaik untuk hambaNya.


Tapi kita je, emm aku la, dah la jahil, cetek sengat pengetahuan tapi buat-buat pandai. Astaghfirullah3x










Episod redhaku tak berakhir di sini. Banyak lagi yang perlu aku tempuh sebagai hamba.
[nota diri]



Friday, June 22, 2012

Kisah dulu?



Bismillahirahmanirahhim


Hari ini macam biasa. Cuti2 duk kat umah. Duk berteman dengan tb. Nasib bek buat jugak sket some chores. Alhamdulillah abah dah aktifkan bband, moga2 aku gune untuk perkara yang baik2 dan bermanfaat je. Amin.


Hari tu, tangan ni tak nak duk diam. Then, terbelek lah satu fail ni. MasyaAllah jumpa pulak result spm dulu. Then i reminisce something..


Result tu a bit dissappointing. Now it is already a bit, but satu masa dahulu ianya very very dissappointing.


Sehari sebelum result spm 2008 keluar


Aku dan Liza sangat excited untuk pergi ke Langkawi, ke maktab kami untuk mengambil result spm. Pada masa yang sama, of course i'm very nervous. Dengan semangat yang membara, tiket bas tasik kenyir dibeli. Harapan menggunung ketika itu. Semasa dalam perjalanan yang panjang itu, bermacam perkara yang bermain-main, berlegar-legar di otak pemikiran aku ini. Akhirnya aku terlelap dek letih membayangi apa yang bakal terjadi. 


Hari result spm 2008 keluar


Sampai di stesen bas kuala perlis, kami bergegas ke jeti kuala perlis untuk mengambil tiket feri ke langkawi. Ya, ketika itu masih awal pagi. Sesampai di sana, kami sempat bertemu dengan beberapa rakan seperjuangan kami. Masya Allah, best rasenya dapat bereunion di jeti kuala perlis. Tapi aku bukanlah 'gu kacip' dengan semua orang. Aku ingat ketika terserempak dengan 'budak-budak superpandai' hanya sepatah dua mulutku berbicara. Mana taknya, mereka duk sibuk bercakap rusia, german dan etc. Ya ya ya. Geng fast track, dapat offer dengan result trial. Pergh. Macam mana ade orang boleh pandai sampai cenggini. *sambil geleng kepala


Lebih kurang dua jam atas feri, kami akhirnya tiba di jeti Langkawi. Mak aih, kat situ jumpa pulak dengan ex-roomate aku. Amy hamzah. Rindu sangat2 masa tu. Amy ni unik sket orang dia, tu yang best len macam je kawan dengan dia. Lain kali kalau aku rajin, aku buat penulisan pasal dia. Then, bla bla bla, sampai la kat Maktab Rendah Sains Mara Bitara Langkawi. Hah, dah rasa dah nostalgia dia tu. Maktabku tempat bertapaknya kasih sayang... Eh, opss silap tu Mrsm YTB (hehe) 


Time ni, reunion ke, durian runtuh ke, dah takde perasan dah. Hanya ada butterfly in my stomach. Seriously debooo gilerr. Hanya ada satu jalan untuk aku mententeramkan diri aku. Aku duduk. Betol-betol depan bilik aktiviti guru-guru. Aku duduk and pejam mata. Tatkala perasan aku sudah mula tenteram, tiba-tiba mai sorang budak laki ni duk menjerit2 depan aku. Haih, kacau betol!


"Ril, aku dapat 10A! Aku dapat 10A! Aku dapat 10A! Ko pon jugak. Aku nampak kat dalam tadi"


Anuar, kelas 504 duk menjerit kat Syahril Anas (aku tak ingat kelas apa)


Then dia dua orang duk melompat-lompat depan aku. *Sabo je la. Saat itu, tahulah aku bahawa result dah keluar. Dengan tangan dan kaki yang terketar-ketar, aku cuba bangun untuk mengetahui result aku. Ketika itu, result dibahagikan mengikut kelas, kalau tak salah. Tapi yang pasti result aku tiada di bilik aktiviti guru-guru itu tadi. Apa yang aku dapat info, result aku ada dengan HEP maktab, Cikgu Roslan. Kami semua bergegas ke bilik HEP. Jantung ketika itu terasa bagai nak jatuh, sangat nervouss.


Tiba giliran aku, HEP itu menghulurkan sekeping kertas kepada aku without him saying anything, like goodjob, congrats. NO!


Dia just bagi dan senyum sedikit. Emm, senyum ke tu? aku pon tak pasti. From that reaction, i feel something wrong. Really really wrong. Aku keluar bilik tu, then i take a glimpse of that particular paper. from top to bottom.


SATU
SATU
SATU
SATU
SATU 
SATU 
SATU
TIGA
DUA

Info: di zaman 2008, gred A ialah satu, dan dua. manakala gred B, tiga dan empat. dan begitulah seterusnya.




Ketika itu, saat itu, that moment, my vulnerable heart crash into zillion of pieces, falling from the highest tower in the world.


Air mata, hingus, semua keluar on that very moment. Hati aku berkecai. Dengan langkah yang lemah dan longlai, aku ditolak dan diasak ke arah rakan-rakan ku. (ditarik je sebenarnya). Then, bermulalah perbualan yang menyiat-nyiat hatiku bak ditusuk sembilu.


Secara pendek, isinya begini:


Syafinaz : straight As
Rahimah: straight As
Liza (yang merantau sekali dengan aku)  : straight As
Laile: straight As
(ni semua adalah teman rapat aku)


Rumusannya, semua budak kelas aku dapt straight As kecuali aku dan sorang dua lagi. Am i a black sheep?


After that, i call my mother. Actually she call me. Masa tu air mata memang dah tak boleh tahan dah, i burst into tears. very heavy one. i couldn't speak. I want to give her an excellent result like everyone else. But now, it's impossible. But somehow, i manage to tell how much i get. In teresak-esak way. Then she say something that soothing me.


"Takpela acik. Kita dah berusaha. Sekarang ni semua balik pada qada dan qadar" *in terengganu accent


I come to think what she say. Tapi tak sempat nak think lama-lama sebab lepas tu, along, akak, abah semua call aku. All of them say something like my mother said. At that time, i'm really grateful to be given a very understanding and inspiring family. They were all concern about me, than my result.


Not just my family, my friends also try to comfort me. Yeah, i appreciate it. Tapi aku rasa better if they don't.


Cuba bayangkan orang yang tengah kecewa sebab gagal exam exam, then datang orang yang lulus datang cakap. Ok la result tu, not bad apa.


Kalau result tu okay, then what become of me, a really dumbb person and you super high class intelligent. like that??


Okay mungkin, itu fikiran yang sangat negative. Tapi bagi aku, if that result is not okay, just acknowledge it. Don't need to say it is okay, for the sake of comforting. You are hurting his dignity (maybe better than word pride huhu)


Okay done with comforting story. Dipendekkan cerita sekeping kertas nipis yang mengandung keputusan spm itu amat-amat memberi kesan kepada aku luar dan dalam. 


Walaubagaimanapun, aku hanya mempunyai satu pilihan yang terbaik untuk aku ikut. Sebenarnya aku punya banyak pilihan, namun sebagai seorang hamba, hanya satu pilihan yang bisa aku tempuh. iaitu...


REDHA


Panjang lagi episod redhaku. Ternyata ianya bukan mudah. InsyaAllah, lain kali aku akan 
coretkan di dalam diariku ini.





Redha. Senang nak eja, tp susah nak laksanakan. But what amazing is, it has a beautiful hikmah behinds it.
[nota diri]

durriyyah faiqah

=)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada saat ini dengan rasminya nama blog ni bertukar dengan harapan menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih.

Friday, June 1, 2012

soleh vs solehah

"hish dia ni, ade ke buat gitu, emm tak ley gune lelaki camni ni.."

"tak sangka, dia ni macam ni. tudung je labuh." *sambil geleng kepala

"ish ish dia ni. kesian sape dapat dia jadi suami"

"dia tu memang gitu. tak leh diharap!"

"dah agak dah. kalau dah pesen gitu, memang akan jadi gitu lah"

Assalamualaikum wbt

hmm. senang betol kita judge orang kan. Astaghfirullah.

Aku berlindung dengan Allah dari segala perbuatan burukku

memang kelemahan aku, aku sentiasa je nampak benda buruk kat orang dan dengan serta merta duk gi judge orang tu.

Astaghfirullah x3

orang salah sikit, terus cop dia ni macam ni, macam tu

padahal diri sendiri penuh dosa dan noda

ingatlah bila kita menyaksikan maksiat, bencilah kepada perbuatannya bukan pada empunya badan

islam kan fitrah

fitrah kita, nak semua orang sama rata

yes, dan yang membezakan kita semua ialah.. bukan, bukan warna kulit

bukan ranking exam yang kita dapat dalam batch

bukan comel tak comel jadi kayu ukurnya

bukan miskin atau kaya

TAPI TAQWA

dan taqwa itu terletak di dalam hati

bukan pada pakaiannya

bukan pada mimik wajahnya

maka janganlah kita dengan mudah nak judge seseorang

pengetahuan kita sempit sangat

kalau ada orang acukan pistol di belakang kita pon kita tak tahu

sebab penglihatan kita terhad

banyak-banyakkan istighfar

peringatan ini ditujukan khas buat diri sendiri

wallahua'lam