hari ini aku membuka youtube dan aku terjumpa sebuah video yang bertajuk "pengikut ustaz azhar bodoh?? teguran TG Syeikh Nuruddin Al-Binjari terhadap UAI"
mula-mula aku tak berapa sudi nak buka video tu. tengok tajuknya saje dah taw macam ade yang tak kena
kedua-dua ulamak itu memang ulamak yang memang amat aku hormati. sangat. keduanya memang tinggi ilmunya dan tak layak pon bagi aku yang amat jahil ni nak menggambarkan ilmu mereka
hanya jauhari yang mengenal manikam, bukan?
tapi entah kenapa, jari aku klik juga di video itu
lalu aku menontonnya (tak perlu share pon video tu)
astaghfirullah.. sesiapa saja yang mengepost video itu di laman youtube, jawablah nanti dengan Allah SWT kerana telah melaga-lagakan ulama
bukan setakat tu, malah menginduce public yang kebanyakan nya 'kurang' ilmu agama untuk rancak berkomen di ruangan komen
tanpa mereka sedari, yang mereka komen itu adalah para ulamak
ulama itu pewaris nabi, harus kita muliakan!
perbezaan dan berlainan pendapat itu adalah rahmat dalam agama, melainkan perkara itu adalah perkara yang telah disepekati ulama hukumnya
Imam Syafi'e dulu tak baca doa qunut masa solat subuh di tepi makam Imam Malik kerana hormatkan pendapat Imam Malik yang tiada qunut dalam solat subuh
tengok, betapa Imam-Imam terdahulu berlapang dada dengan perselisihan pendapat
jangan sampai ada yang melihat video itu, dan mereka mula membanding-bandingkan ilmu kedua al-fadhil ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Syeikh Nuruddin
dan paling teruk, mereka mula cuba menghakimi mengikut 'ilmu' yang mereka ada, yang mana salah yang mana betul
astaghfirullah
aku pon sebenarnya terfikir ke arah tu dan lepas solat maghrib, aku membelek al-quran dan terjumpa ayat ini..
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah mereka dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."
[An Nahl:125]
jangan sampai kite berdebat for the sake of want to win, atas perkara yang kita sendiri pon tak tahu
tapi, apa yang patut kita lakukan ialah berdakwah, iaitu menyeru manusia kepada Islam
Allah..
terima kasih Allah
Allah ada, Dia berkomunikasi dengan kita melalui Al-Quran
#Terharu T_T



