Sunday, August 11, 2013

Ikut mood ;) *selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin :)

selalu je berhajat nak buat entry baru tp kalau time takde mood tu, mmg rase malas sgt nak menaip. idea pon kering je.

ni salah satu tanda tak berapa nak istiqamah kan.. ish ish

takpe lah, kali ni ade mood sket nak buat entry baru.

taqaballah minhu wa minkum..

tahun ni raya rasa sangat semput. ye lah, balik rumah sehari sebelum raya. rupanya kat rumah tak buat persiapan apa-apa pon lagi. kalut lah lepas solat terawih, keluar gi bazaar, cari tu cari ni. orang ramai sangat, fuh nak bernafas pon susah. kalau nak diikutkan hati, tak nak ikut pon mak ngan akak keluar gi cari barang2. tapi nanti nampak macam 'jual ikan' sangat pulak kan. lotih den

bukan lotih buat ibadat, tp lotih buat persiapan raye. ish ish ish

kuih raya pula langsung takde yang home made tahun ni. ye lah, aku balik sehari sebelum raya. tak sempat nak plan cantik2 nak buat almond london ke, ngan akak. jadinya kuih tunjuk ajer la

tapi yang lainnya tahun ni, sehari sebelum raya, pak sedara ajak kami sepupu sepapa gi bersih kubur nek ngan tokki. alhamdulillah, lepas bersih2 sume kiteorang sempat sedekahkan yassin kepada keduanya.

Rasulullah suruh kita ki melawat kubur untuk ambik pengajaran. Saidina Uthman pulak setiap kali ke kubur, basah janggutnya kerana mengangis takutkan Allah.

aku? Allah.. hanya Allah yang mengetahui

malam raya, duk pulun kemas rumah ngan tolong mak masak2 tuk juadah di pagi raya.

menu pagi raya: laksa terengganu (sedap nyeww), rendang (kalau mak masak mmg kaw), ketupat

tu je. simple je kan?

raya tahun ni, lagi kelainannya, banyak sesi fotografi. maklumlah abah dah jadi fotographer sekarang. nak tengok tak gambar raya kiteorang?


ini formal

ini tak formal hehe


sekian sahaja update dari saya. salam :)

semoga Allah menambah kebaikan kepada saya dan kamu :)

No comments:

Post a Comment