Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah ya Allah, salam 23th ramadhan
“It’s okay to cry, but you have to move on”
Tu diaolog dalam sebuah anime jepun One Piece
Sangat positif dan optimis kan. Tu salah satu cara orang jepun ajar rakyat mereka untuk sentiasa bersikap optimis dan positif dalam setiap perkara.
Luffy (watak utama) baru kehilangan abang yang sangat disayanginya. Dalam anime tu, yang tukang buat cerita menggambarkan Luffy ini sangat tertekan dan terpukul dengan kematian abangnya tu. Dramatically abang mati sebab nak selamatkan Luffy dan abangnya rebah jatuh ke bumi lalu meninggal, betul-betul di depan mata kepala Luffy. Luffy yang dahulunya pernah juga kehilangan seorang abang, juga dibunuh musuh yang sama, bertekad untuk melindungi semua orang yang disayanginya. Namun, apabila abang yang ingin dilindunginya itu mati kerana menyelamatkannya, ternyata kenyataan itu amat menyiat hatinya. Meruntun juga hati sesiapa membaca anime ini.
Tapi lihat bagaimana orang jepun membina minda rakyat mereka
Shanks (idola Luffy) berkata,
“Its okay to cry, but you have to move on” dengan mata tajam yang berkaca-kaca (biasalah anime)
Kemudian Jinbei (kawan abang Luffy)
“Don’t think about what you lose, but think about what you still have” sambil mencekik leher Luffy untuk menenangkan Luffy yang mengamuk meratap kesedihan (anime..)
Macam cool je kata-kata diorangkan
Tapi kita tak sedar sebenarnya Islam dah lama menganjurkan minda begini
Bila kita ditimpa musibah atau sedang berduka cita, ya kita boleh menangis. Tak salah. Tapi kita tak boleh meratapi dan menyalahkan takdir, atau dengan kata lainnya kita kena move on.
Tengok betapa perfectnya Islam, kita siap ada hujah lagi. Menangis dan berasa sedih itu sama sekali tidak salah malah itu adalah fitrah. Namun, apabila kita layan fikiran kita dan tidak boleh terima kenyataan, makan tak selera, asyik tido, tak pergi kerja, tak pergi sekolah, abai tanggungjawab, bukankah itu satu bentuk protes? Kepada siapa kita berprotes? Kepada Tuhan? Bukankah kita percaya Tuhan yang menentukan qada dan qadar. Tambah lagi, dunia hanya pinjaman. Tentulah kita harus move on kerana kita diciptakan untuk beribadat kepadaNya, menjadi khalifah di bumi Allah.
Begitu juga dengan konsep syukur. Seperti kata orang, jangan merungut kita mempunyai kasut buruk sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki.
Dalam bahasa kita, bolehlah diterjemahkan syukurlah dengan mende yang kau ada. Hilang satu nikmat, banyak lagi nikmat lain yang boleh disyukuri.
Bukankah Allah telah menyatakan dalam surah ar-Rahman bahawa nikmat Allah takkan pernah terhitung. Nikmat Allah yang mana yang ingin kau dustakan.
Juga boleh dilihat dari konsep ujian dari Allah. Apa yang Allah ambil, itu semua hak Allah. Walau menagis air mata nanah sekalipun, siapa kita untuk mendapatkannya semula. Tapi hargailah apa yang masih belum Allah ambil. Gunakannya, rebut ia untuk jalan Allah.
Subhanallah, jika dikira-kira hebat sungguh peribadi seorang muslim. Islam bukan hanya pada nama tapi mengamalkan Islam is the way of life. Tengok orang jepun maju kan sepatutnya kita lebih maju dari diaorang. Tak payah nak admire orang jepun sangat sehingga terikut-ikut budaya mereka. Yang baik tak salah kita ikut selagi tidak melanggar hukum syarak.
Kita ada permata tapi kenapa masih ingin berebut membeli berlian tiruan?
