Saturday, December 31, 2011

Allahu Allah

Suatu ketika setelah shalat shubuh Rasulullah berbalik badan menghadap kepada para sahabatnya dan beliau bertanya: "Tahukah kalian siapakah yang imannya paling menakjubkan?"

Maka para sahabat menjawab: "Para malaikat."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para malaikat tidak beriman sedangkan mereka melihat kekuasaan Allah secara langsung.."

Lalu sahabat menjawab lagi: "Kalau begitu yang imannya paling menakjubkan adalah para Nabi dan Rasul."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para nabi dan rasul tidak beriman sedangkan wahyu Allah turun atas mereka..."

Maka para sahabat menjawab lagi: "Jika begitu yang imannya paling menakjubkan adalah sahabat-sahabat para Nabi dan Rasul."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para sahabat Nabi tidak beriman sedangkan Nabi berada di tengah-tengah mereka dan mereka melihat mukjizat-mukjizat."

Maka sahabat bertanya: "Kalau begitu siapakah yang imannya palin menakjubkan, Wahai Rasulullah?"

Maka Rasulullah menjawab,



"Yang imannya paling menakjubkan adalah orang-orang yang datang setelah kalian. Mereka tidak pernah melihatku tetapi mereka percaya kepada apa yang aku bawa, mereka tidak pernah berjumpa denganku tetapi mereka menerimaku, mereka tidak pernah berbicara denganku tetapi mereka membelaku sebagaimana kalian membelaku. Mereka hanya menemukan tulisan dan mereka beriman kepada tulisan itu. Sungguh aku rindu kepada saudara-saudaraku itu."

Tergolongkah kita? T.T

Wednesday, December 28, 2011

Kena buli

Assalamualaikum wbt


Good day everybody. May Allah grant His bless and love to all of us today. Ameen.


This past few days, i felt totured mentally. I don't know why. Okay, act i know. 


Why this person like this? The worse is, I know it was made for me all along but i cannot do anything. This feeling only grew up inside my vulnerable heart..


In the end, I was stressed all by myself.


I hope after this writing i would be a bit calmer. No such thing as stress anymore.


Ahh, how I wish :(


Whatever it is, I knew Allah knew what i did. Allah knew what was inside my heart. Allah knew everything.


As long as, He knew, there is nothing that can made me scared.


Pandangan Allah menyembuhkan hatiku daripada luka dari pandangan manusia. Aku tak perlu jadi hipokrit.

Jadilah seperti pohon yang lebat buahnya. Apabila dibaling batu, dibalas dengan buah.

Tiada orang sempurna. Sempurna itu sifat Allah.

"Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik, kerana tidak ada yang paling bisa menunjukkannya selain Engkau. Ya Allah, jauhkanlah aku dari akhlak yang tidak baik, kerana tidak ada yang mampu menjauhkannya dariku selain Engkau."

(HR. Muslim 771, Abu Dawud 760, Tirmidzi 3419)

Wallahu a'lam


Tuesday, December 20, 2011

Bab 1 : Jangan takut

Assalamualaikum

Insha Allah this will be my first writing :)

Sambungan klik sini 

“Sayang ni abang ni. Sayang okay tak ni? Jom kita pergi klinik lah. Abang risau”
Perlahan kelopak mataku terbuka. Aku melihat wajah itu terpaku betul-betul di hadapanku. Wajahnya jelas menzahirkan kerisauan. Hatiku tersentuh sesaat. Namun kenyataan kembali mengetuk minda sedarku. Ternyata peristiwa tadi bukan lah sebuah mimpi. Aku terus bangkit setelah menyedari aku sedang berbaring di pangkuannya. Aku memegang kepala ku. Oh, mana tudungku? Tanganku pantas menyambar kain selimut yang berada berhampiran denganku. Bagaimana mungkin aku membuka auratku di hadapan yang bukan halal bagiku.

Astaghfirullah. Nauzubillahi min zalik.

Walaupun aku cukup kenal lelaki di hadapanku ini. Walaupun lelaki ini pernah menghangatkan hati ku yang masih mentah suatu ketika dahulu. Namun aku pendam segalanya. Tiada pernah terluah pada sesiapa. Setelah itu, aku sedar perasaan seperti itu tiada membawa aku ke mana. Semakin aku diulit kenangan yang manis itu semakin aku sedar betapa aku hidup hanya dalam angan-angan. Akhirnya hatiku terpaut dengan cinta hakiki. Sejak itu, aku berusaha menagih cinta agung itu. Payah, teramat payah. Namun aku yakin, ianya tidak akan mengecewakan. Aku mengerti Allah langsung tidak membutuhkan cintaku namun akulah yang memerlukan cintaNya dalam kehidupan ku. Setelah bersungguh-sungguh aku memelihara cinta untuk Allah dan Rasul,tak mungkin aku akan membuat perkara terkutuk ini. Sudah terang lagi bersuluh, ianya akan mengundang kemarahan Khaliqku.

“Astagfirullah. Apa yang awak buat kat sini? Tolonglah bagitahu saya. Kenapa saya ada di sini?” kini suaraku  tidak lantang seperti tadi lagi. Perlahan, sayu, tenggelam bersama sendu yang takutkan Rabnya.

Berkerut kening lelaki itu. Dia seakan tidak percaya dan tidak memahami situasi ini.

“Kenapa ni sayang? Ni kan abang, suami sah sayang dan ni kan rumah kita. Sayang stress banyak assignment ya?

Lembut tutur katanya. Aneh, hatiku terasa seakan terpujuk dengan setiap perkataannya. Sekali lagi aku ibarat berada di perhentian waktu. Tenang dan sejuk hatiku.

Namun.. Eh, suami?? Rumah kita? Eh? Subhanallah apa semua ini? Seingat aku, aku tak pernah bernikah. Kenapa lelaki ini mengaku-ngaku dia suamiku?

“Maaf. Maaf sangat-sangat. Tapi saya betul-betul tak boleh terima ini. Macam mana awak boleh mengaku awak suami saya. Seingat saya, saya tak berkahwin lagi.” Aku tidak boleh lagi menerima situasi ini. Amat tidak munasabah pada akal logik ku. Mana bisa aku menerima seorang yang tiba-tiba mengaku sebagai suamiku.

“Sayang, sayang bergurau dengan abang ya. Sebenarnya nanti abang ada kelas, kalau sayang tak ada apa-apa senang sedikit hati abang nak pergi kelas. Tapi abang risau, sayang tak pernah pengsan sebelum ni. Sayang, tolong jangan bergurau macam ni dengan abang.” Kini nada suaranya bercampur tegas dan sayang.

Terkesima aku mendengar bait-bait percakapannya itu. Tidak fahamkah lelaki ini bahawa seingat aku, aku memang belum lagi pernah menikah, bukannya bergurau. Bukan setakat aku yang bernikah, malah idea perkahwinan itu terasa amat lagi jauh dalam kamus kehidupanku sebagai seorang pelajar di  tahun satu. Bagaimana mungkin, dalam hanya satu malam aku bernikah. Tentulah tidak!

Mana pergi sahabat-sahabatku, Huda, Ana dan Eyqa? Mana pergi teman sebilikku itu?

Melihat konsistensi wajahnya yang seakan memang benarlah dia suamiku. Aku menjadi takut. Sebenarnya apa yang telah terjadi pada aku. Kenapa dengan tiba-tiba aku boleh mempunyai seorang suami. Panas pipiku. Perlahan manik-manik putih jatuh menghiasi wajah aku.

Melihat aku menangis tersendu-sendu, dia menjadi panik. Tergambar di wajahnya seakan pening dan pusing dengan keadaan aku yang mungkin kelihatan tidak logik di akal fikirannya.

“ Sayang tolong jangan menangis. Abang tak nak buat isteri abang sedih. Sebenarnya apa yang dah berlaku ni? Sayang betul-betul tak ingat abang ni suami sayang?” dia bersuara setelah yakin yang kata-kataku sebelum ini bukan sekadar gurauan.

Aku mengangguk perlahan.

“Baiklah. Kalau macam itu, sayang nak abang buktikan yang abang ini memang suami sah sayang?” laju respons nya terhadap anggukanku.

Aku terus mengangkat muka apabila menyedari yang dia semakin memberi perhatian akan kondisi ku ini.

“Ya.” Pendek aku menjawab.

“Baik. Tunggu di sini sekejap.”

Dia bingkas bangun dan berjalan ke arah sebuah almari di tepi katil. Tak lama kemudian dia kembali dengan sekeping kertas berbentuk seperti sijil di tangan kanannya. Perlahan dia menghulurkan kertas itu kepada aku.

Terperanjat bukan kepalang aku melihat bahawa nama aku dan namanya tertera di kertas itu. Dan jelas di atas kertas itu ada tertulis sijil perkahwinan. Ya Allah, jadi benarlah lelaki ini suamiku. Lalu anak mataku jatuh pada tarikh perkahwinan yang tercatat di situ. Subhanallah, 15 Jun 2013? Bukankah sekarang baharu di penghujung tahun 2011? Mengapa tercatat di situ 15 Jun 2013?

Bagiku ini semakin mencabar akal sihatku.  Tidak mungkin aku boleh berada di masa hadapan seolah-olah aku menaiki mesin masa doraemon.

“Awak, hari ini berapa haribulan?”

Dia yang dari tadi memerhati gelagatku dengan pantas meberikan jawapan.

“1 Jan 2014, sayang.”

Meremang bulu romaku mendengar panggilan sayang darinya. Ketika itu, jika boleh, ingin sahaja aku meluru ke pintu dan lari sejauh yang mungkin dari lelaki yang tanpa henti menatap wajahku itu. Rasa tidak selesa aku diperlakukan begitu.  Namun itu tidak melumpuhkan hasratku untuk terus mencari kebenaran. Sukar untuk aku mempercayai bahawa aku berada di tahun 2014 sekarang ini. Padahal semalam baharu sahaja 16 Disember 2011, dan dalam masa seminggu lagi aku akan menghadapi ujian akhir di sem keduaku di UIAM Kuantan.  Ya, mesin masa doraemon memang tidak wujud di dunia nyata!

Pantas aku mengambil telefon bimbit di atas meja kecil juga berhampiran katil. Ku sudah tidak peduli punya siapa telefon itu. Seperti bukan milikku. Lantas, aku mencari aplikasi kalendar. Lama juga aku membelek telefon itu. Hai, kenapa tak pernah aku jumpa telefon bimbit seperti ini sebelum ini. Canggih benar. Akhirnya, aku berjaya juga menemui aplikasi itu. Aduh terasa diri amat kolot dan sangat tergopoh gapah di hadapan lelaki itu. Malu juga diri ini seketika.

Terbeliak rasanya dua biji mataku, ternyata benar dakwaan lelaki di hadapanku ini. Tarikh hari ini ialah 1 Januari 2014. Aku tunduk dan tarik nafas dalam-dalam. Rasional aku bertarung denga pancaindera mataku. Manakah satu kebenaran? Aku buntu, dan titisan air mata sekali lagi membasahi pipiku.

Tiba-tiba terasa bahuku dipegang. Berdebar-debar jantungku. Ingin aku menolak tangan itu, tapi entah mengapa terasa bagai hilang segala kudratku kala itu. Segalanya bagai sambaran petir dengan tenaga voltan yang paling tinggi. Bagaimana mungkin tubuhku mampu mengendalikan voltan yang tinggi itu?

“Sayang, abang tak tahu kenapa sayang jadi begini. Tapi sayang perlu ingat abang sentiasa ada di sini untuk sayang.”

Sekali lagi terpujuk hatiku. Namun, itu masih tidak mudah membeli keselesaan dan kepercayaan aku untuk lelaki itu. Hati aku masih tidak dapat menerima berita mendadak seperti ini. Perlahan aku menolak tangannya dan berganjak jauh daripadanya.

Sebelum sempat dia berbicara, pantas aku bersuara.

“Maafkan saya. Saya tahu awak telah tunjukkan bukti bahawa saya isteri awak. Dan saya faham seorang isteri tidak boleh menolak suaminya. Tapi saya harap sangat awak faham keadaan saya. Saya tak mampu menanggung semua ini hanya dalam satu pagi. Dalam ingatan saya, saya masih di penghujung 2011. Langsung tak terlintas di fikiran saya untuk bernikah selama bergelar pelajar. Saya sangat berharap awak yakinkan saya lagi tentang semua ini. Awak, saya, rumah ini dan segala-galanya. Bagi saya masa. Dalam pada itu, saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi sayap kiri awak.”

Aku tunduk, sedalam-dalamnya. Perasaanku bercampur baur. Malu, segan, tidak percaya, terkilan semua nya ada.  Melihat dia diam, aku tenggelam dalam fikiranku sendiri, takut hendak mendengar jawapan dari kata-kataku tadi.

Suasana menjadi hening. Tiba-tiba suaranya memecah keheningan pagi itu.

“Sayang, abang minta maaf andai abang menakutkan sayang tadi. Walaupun abang sendiri kurang mengerti apa yang berlaku tapi abang percaya pada sayang. Abang harap sayang pun percayakan abang. Abang janji, abang akan buat yang terbaik untuk yakinkan sayang tentang abang, sayang, rumah ni dan segala-galanya. Abang akan bagi sayang masa. Kalau sayang dah bersedia, sayang bagitahu abang ya. Mungkin ada penjelasan dari segi perubatan tentang situasi yang kita alami sekarang. Sekarang ni abang cuma nak sayang selesakan diri sayang. Jangan paksa diri buat apa-apa lagi ya.” Jelas riak risau di wajah lelaki itu.

Terharu aku mendengar ucapan daripada lelaki yang kini aku harus menggapkannya sebagai suami, raja dalam kehidupanku. Selama ini aku menyiapkan diri, aku membataskan pergaulanku dengan rakan-rakan berlainan jantina untuk tampil istimewa di hadapannya.  Kerana Khaliqku telah memperintahkan untuk aku taat setia kepada insan yang bergelar suami buatku. Padanya juga terletak syurga atau nerakaku. Astagfirullah, besar sungguh tanggungjawabku sekarang. Mampukah aku ya Allah?

Namun, lelaki ini, adakah dia masih sama seperti yang pernah aku kenalinya dahulu? Adakah dia masih nakal seperti dahulu? Dan yang paling penting, sudahkah dia meletakkan Allah dan RasulNya di tempat tertinggi dalam kehidupannya?

Masih teringat aku kata-katanya semasa kami bertemu di perjumpaan reunion bersama  beberapa pelajar bekas sekolah kami yang belajar di university yang sama.

“Eh, dengar kata Syarifah dah nak kahwin. Suami dia dah bekerja, dah ada kereta dan rumah pun.” Dia memulakan bicara di antara kami semua.

“Baguslah tu kahwin awal.” Aku menyampuk di tengah-tengah suasana.

“Umph. Buat apa kahwin awal? Masa ni kita main-main la dulu biar puas.” Selamba dia membidas pendapatku tadi.

‘Bertuah punya lelaki. Ish ish.Syukur lah. Aku buat apa yang patut. Kalau tak aku yang kena main,’ hati kecilku mengomel sendiri.

Lamunanku kembali ke alam nyata. Realitinya sekarang wanita yang kini bergelar isterinya adalah aku.

Ya Allah, hanya padaMu aku mampu berdoa. Kurniakanlah aku suami soleh yang mencintaiMu ya Allah. Sesungguhnya dialah yang bakal memimpin aku dan anak-anakku kelak. Sama ada menuju ke Syurga abadi Mu ataupun sebaliknya.

Aku sedar, walau apapun aku harus bersangka baik buat masa sekarang. Aku bersangka baik dengan Allah. Dia pasti memberi yang terbaik buatku.

Aku masih tidak mampu mengangkat wajah. Namun tiba-tiba persoalan demi persoalan menyingkap di benakku.

“Macam mana dengan kuliyah saya? Sebenarnya saya kat mana ni, Kuantan ke Gombak?” 

Bingung rasanya apabila lokasi diri sendiri pon aku tidak tahu.

“Oh pasal tu. Sekarang sayang kat Gombak. Rumah ni pun rumah yang UIA bagi untuk pelajar yang dah status berkahwin. Baru minggu lepas abang pindah sini. Sayang pun semalam baru first time sampai sini. Sayang, sayang datang sini sebab final project sayang. Dekat Kuantan tak ada banyak buku, jadi sayang datang perpustakaan Gombak. Rancangannya hari ini sayang pergi sana untuk cari bahan. Sekaligus abang hantar, then abang pergi kelas.”  Panjang lebar dia menceritakan.

Aku menarik nafas panjang. Masyaallah sudah final year student rupanya aku ini. Mengapa dengan diriku ini? Mengapa aku tak boleh ingat apa-apa? Ya Allah, adakah aku sakit atau hilang ingatan? Bagaimana aku boleh menerima semua ini? Tak mampu rasanya.

Lalu aku bangun dan duduk di ceruk penjuru bilik. Bertubi-tubi soalan menerkam mindaku. Kehadiran lelaki itu sudah tidak aku peduli. Keadaan aku ibarat anak kecil yang baru ditinggalkan ibunya. Aku berasa amat takut pada yang sama tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Suami?  Final year project? Apa semua ini? Aku tak boleh terima ya Allah.

Sebentar aku beristigfar. Melihat kondisi aku, lelaki itu memaparkan riak kasihan di wajah nya, perlahan-lahan menghampiri aku. Setelah melabuhkan tangannya di atas bahu ku, dia bersuara.

“Sayang ambil wuduk, sayang solat ya. Minta petunjuk dengan Allah. InsyaAllah, Dia akan beri sayang kekuatan untuk menempuhi semua ini. Buat masa sekarang, abang rasa, abang harus bagi masa untuk sayang bersendirian. Mengadulah padaNya dan ingatlah Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu perkara yang menimpa kita. Kita merancang, Dia juga merancang. Namun perancangan Allah lah yang terbaik buat kita. Abang pergi dulu. Nanti habis kelas abang terus balik. Sayang tunggu abang ya.”

Selesai bersuara, dia menghulurkan tanggannya untuk kusalami.

Aku tergamam. Sungguh ketika itu aku tak tahu untuk berbuat apa. Terasa sangat asing untuk menyalami tangan lelaki yang pada ingatanku adalah ajnabiku! Ya Allah, berilah aku petunjuk.

Aku memandang tepat matanya. Subhanallah, pandangan matanya mententeramkan hatiku. Perlahan tanganku menyambut hulurannya. Entah mengapa, namun saat itu aku betul-betul yakin dialah suamiku. Teman ku di dunia dan juga di akhirat kelak.

Dia tersenyum dan kemudian berlalu pergi.

Terpana aku melihat senyuman itu. Bagai tertusuk jauh ke dasar hati. Subhanallah, terasa kuat rabitah hati kami.

Setelah itu bagai mendapat semangat baru, aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Aku mengambil wuduk kemudian solat sunat dua rakaat. Setelah itu, tanganku menggapai senaskah al-quran dan jariku membelek –belek naskah agung itu dan akhirnya terhenti di surah al-kahfi. Aku mula mengalunkan ayat-ayat Allah yang indah. Hatiku terasa tenteram.
Aku mula mentaddabbur bacaan itu. Aku menemui sepotong ayat yang amat menyanyat hatiku. Terasa Allah seperti berbicara denganku.  Jatuh air mataku saat itu juga.

“Maka Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu, selama beberapa tahun. Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (di dalam gua itu)”
 [Al-Kahfi : 11-12]

Subhanallah, adakah aku tidak redha dengan  ketentuanMu ya Allah? Baru sedikit Engkau mahu mengujiku, namun aku sudah melatah sedemikian rupa.

Ampunkan hambaMu ini ya Allah. Ampunkan..

Aku tenggelam dalam sendu dan tangisku sendiri. Aku pasrah ya Allah..

bersambung..


sambungan klik sini

Sunday, December 18, 2011

Nukilan~


Pagi itu aku tersedar. Hampir luruh seluruh jantungku apabila mendapati ada sekujur susuk tubuh lelaki di sebelahku. Apa yang sudah berlaku? Siapakah lelaki ini? Mengapa dia boleh berada di sebelahku di dalam kamarku sendiri? Hatiku mengomel tanpa henti.

Tiba-tiba kepalaku berasa berat. Aku ketika itu ibarat berada di waktu yang terhenti. Rasa terkejutku melumpuhkan semua anggota badanku. Tidak lama kemudian, susuk itu berpaling ke arah aku. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat paras lelaki itu. Aku mengenalinya, rakan sekolah aku dulu!

Tak semena-mena..

“Aaaaaaaaaaaa” laju suara dari anak tekakku keluar sambil kaki dan tanganku menolak keras lelaki itu jatuh dari katil.

Dia kelihatan amat terperanjat dengan keadaan mendadakku.

“Sayang, kenapa ni?” dia kemudiannya bersuara.

‘Eh, kejap! What?? sayang??? Eh, apa semua ni?’ bicaraku di dalam hati. Aku cuba untuk menghadam peristiwa yang pada fikiranku amat tidak masuk akal ini.

“Ke.. ke.. kenapa awak ada kat sini? A.. awak buat apa kat sini?” terketar-ketar suaraku menghemburkan soalan kepada lelaki yang amat cukup dikenali olehku itu.

“Sayang, apa sayang cakap ni?”

Lagaknya yang seperti tidak ada apa-apa berlaku itu amat membuntukan aku. Aku melihat sekeliling. Aku menjadi semakin hairan. Kenapa katil ini tidak sama seperti katilku dulu. Kenapa bilik ini terasa luas? Eh, ini bukan bilik aku, bukan kompartmenku! Apakah maksud ini semua? Kenapa lelaki itu memanggil aku sayang?

Arghh. Sakitnya kepalaku. Semakin cuba ku memahami apa yang sedang terjadi semakin laju denyutan di kepalaku. Tiba-tiba aku melihat wajah lelaki itu semakin kabur dan semakin hilang dari pandangan. Gelap.

“Sayang! Sayang!”


Bersambung..



Saturday, December 3, 2011

Kahwin

Assalamualaikum wbt

Subhanallah. Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan bergelar seorang islam. Sedang berusaha untuk menjadi seorang mukmin. Amin ya Rab.

Sebenarnya tajuk entry kali ini agak mendadak. Bukan mahu digambarkan yang saya dah tak sabar sangat nak kahwin tetapi saya baru sedar hakikat sebenar perkahwinan.

Tiba-tiba terasa sesak di dada. Dulu saya pernah tertanya-tanya dengan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya lebih kurang begini. Rasulullah SAW melihat ramai golongan wanita yang masuk neraka semasa peristiwa Isra' Mikraj.

Saya tertanya-tanya, kenapa begitu sedangkan bukankah dosa seorang wanita juga ditanggung oleh suami dan ayahnya (sebelum bernikah). Sepatutnya golongan lelaki yang lebih besar saham dosanya. Namun kini, saya memperoleh jawapannya. Bukan bahagian itu yang menyebabkan ramai kaum wanita ramai memasuki neraka tapi apabila ramainya golongan isteri yang tidak taat pada suaminya.

Hanya dengan bermuka masam dengan suami dapat dosa, apatah lagi meninggikan suara dan sebagainya. Bukankah kita, wanita, dikenali dengan golongan yang suka membebel? Adakah sesiapa yang mampu jamin apabila sesudah kita berkahwin nanti, kita mampu menahan diri daripada meninggi suara, menarik muka dengan suami?

Jika sekarang pon kesabaran kita hanya senipis kulit bawang. Mudah melenting dan sebagainya. Bagaimana tidak dengan orang yang akan kita hidup serumah, 24/7 bersama-sama dan berjumpa? Normal kan untuk ada kesalahfahaman, tak puas hati dan sebagainya.

Mungkin di awal perkahwinan, ya, kita segan malu dan masih lagi sweet2 etc. Namun adakah orang yang berkahwin merancang akan hidup bersama hanya selama lima tahun? Mestilah tak kan. Sekurang-kurangnya pasti berhajat untuk bahagia hingga ke akhir hayat

Ya Allah mudah sangat untuk melawan cakap, menarik muka dan sebagainya dengan orang yang kita dah biasa hidup dan tinggal sekali, bukan? Sebab itulah banyaknya kes2 penceraian yang menghiasi dada2 akhbar. Kita selalu fikir, ya kita ada perasaan. Dia (suami) tak boleh buat macam ni, tak boleh buat macam tu. Dan kita terdorong untuk menzahirkan ketidakpuasan hati kita. Tambah lagi kehadiran syaitan yang selalu saja menolong si isteri membuat skrip2 yang akan menyakitkan hati suami. Sedangkan itu adalah DOSA. Dan DOSA itulah yang dikatakan Rasulullah SAW yang akan membawa ramai wanita ke neraka jahannam.

Astaghfirullah hal adhzim

Mampukah kita ya Allah menahan semua itu? Mampukan kita sentiasa beringat yang suami itu adalah raja paling besar dalam hidup kita. Tambah lagi dengan persekitaran sekular yang menyamakan kedudukan wanita dengan lelaki. Mampukah ya Allah?

Sungguh, aku tak mahu terjerumus ke lembah nerakaMu. Aku tak mampu menanggungnya. Pedih. Sakit.

Sebenarnya sebagai remaja, ya saya mempunyai hati nurani untuk menyayangi dan disayangi. Apabila melihat mereka yang berkahwin muda, saya juga berhajat perkara yang sama.

Tengok je pasangan muda yang kiut2, kitaorang (saya dan rakan2) akan cakap,
"Alahai sweetnya =))"

Ya itu yang bermain di minda saya apabila bercakap tentang perkahwinan.

"Sweetnya" kasih sayang seorang suami kepada isteri

"Sweetnya" apabila ada seseorang untuk berkongsi segala kisah suka dan duka

"Sweetnya" apabila sentiasa ada teman di sisi.

But i'm missing something. The responsibility that comes along with that "sweet"

Selalu yang diingatkan tentang tanggungjawab si suami. So on and so forth, right. But wives have big responsibility tooo.

"Sweet" tu mungkin hanya sekejap jika tidak dipandu dengan panduan yang betul.

Jadi tidak dapat tidak, hanya cinta Allah yang menjadi jawapannya

Cinta Allah yang pertama. Harus dan wajib digapai. Ya, sangat payah. Sangat susah. Sesungguhnya ini adalah peringatan untuk diri sendiri. Jangan lengahkan dan berlumba-lumba lah.

Jika cinta Allah yang pertama, Subhanallah! Pasti setiap perbuatan yang disuruh oleh Kekasih kita itu, kita lakukan dengan gembira.

Wallahu a'lam.