Sunday, February 27, 2011

buat teman =)

dinginnya aku
maafkan aku teman
ingin saja aku mengukap madah
agar hilang segala gundah di hatimu
ingin saja aku berdiri terus di sisimu
tanda aku sentiasa ada  untukmu

namun aku membatu
di kala nikmat persahabatan itu
dapat mendamaikan hati yang rancak
diusik seribu satu dugaan dunia
mulutku kemas terkapit rapat
entah bagaimana dapat ku tenteramkan
dirimu...

teman percayalah
aku melihat engkau gagah di situ
aku kagum dengan ketabahanmu
kecekalanmu
melayan arus deras yang
menggoncang hebat hidupmu

namun
perisai pertahananmu tetap kukuh
malah engkau berjaya melawan arusnya
dan
terus berusaha untuk sampai ke
tebing impian..

tidak akan berganjak
tidak akan menyerah

percayalah Allah sentiasa bersamamu
Allah sayangkanmu
Allah selalu bersama orang-orang yang sabar

teguhkan akidahmu
lantas..
tiada apa lagi yang kau harus takuti
yakin yang kau tak pernah keseorangan
redha dengan ketentuan-Nya
hingga kita dapat menggapai redhaNya
sungguh itu paling tertinggi

aku akan sentiasa mendoakanmu teman
Allah tidak akan membebani hambaNya
melebihi kemampuan mereka
moga engkau sentiasa dalam kalangan
hambaNya yang beramal soleh

aku sayang kau kerana Allah SWT..

~aku karang ini untuk seorang sahabat yang aku kagumi dan hidupnya sentiasa diuji Allah. namun tak pernah  berkesempatan untuk beri kpdnya. :)

Friday, February 25, 2011

Rasulullah SAW insan profesional

   
Anas r.a berkata : “Kami masuk bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang menyusui Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim dan menciumnya, sesudah itu kami masuk kepada Baginda dan (ketika itu) Ibrahim menghembuskan nafas (terakhir) dengan tenang, lalu mata Rasulullah mulai mencucurkan air mata”. Kemudian Abd Rahman bin ‘Auf berkata kepada Baginda: “Engkau menangis wahai Rasulullah!”, Baginda bersabda: “Wahai putera ‘Auf, sesungguhnya air mata itu rahmat (kasih sayang), kemudian air mata (Baginda) terus bercucuran lagi, seraya Baginda bersabda: “Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hatipun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diridhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim”. (Hadis riwayat al-Bukhari) 

ketika ini dikatakan putera Nabi SAW, Ibrahim meninggal dunia. Rasulullah menitiskan air matanya. cuba bayangkan pada masa itu, Ibrahim masih kecil. berumur 2 tahun (kalau tak silap). masa ni lah kanak-kanak kelihatan comel sangat, kan? namun, atas kehendak Allah, nyawa putera Rasulullah itu ditarik kala ini. 

kemudian tak lama selepas tu berlaku gerhana matahari. mulalah rumours tersebar yang gerhana matahari itu berlaku kerana meninggal dunianya putera Kekasih Allah yang mulia itu. Rasulullah SAW tanpa konpromi terus menyangkal rumours itu.


Al-Mughirah bin Syubah berkata, "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah pada hari meninggalnya Ibrahim. orang mengatakan 'matahari gerhana kerana meninggalnya Ibarahim.' Lalu Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya matahari dan bulan (adalan dua tanda kebesaran Allah) Keduanya tidak gerhana kerana meninggalnya atau hidupnya seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah (gerhana) dan berdoalah pada Allah agar ia menjadi cerah kembali." 
 


Subhanallah, profesionalnya Rasulullah SAW. profesional ni kalau ikut dewan bahasa dan pustaka, maksudnya kecekapan yang tak dipengaruhi oleh faktor emosi dengan kemampuan yang paling baik (lebih kurang). 

walaupun pada masa tu, hati Rasulullah sedang berkecamuk, gundah kerana kematian puteranya. namun andai ianya melibatkan hal akidah. tanpa kompromi, Rasulullah akan terus menyanggah kenyataan itu. 

itulah Rasul kita. sudah cukup kenalkah kita dengan baginda?

setiap tahun kita sambut maulid Rasulullah SAW. tapi banyak mana rasa kecintaan kita bertambah setiap kali kita menyambutnya? aku ada satu kisah.

seorang pemuda ni, dia dikhabarkan berita bahawa ada orang jumpa emas kat tepi pantai. so, lepas dengar berita tu, setiap petang dia kat pergi ke pantai  tu. bila dia jumpa satu ketul dan dia confirm tu batu dia pon baling kat pantai. then, hari2 dia pergi ke pantai tu. minggu berganti minggu. bulan bersilih ganti. tahun bertukar tahun. tu lah rutin harian dia. pergi pantai, ambil batu, then baling kat pantai. satu hari tu, dia ambil satu ketul. then dia nampak tu emas, pastu dia baling kat pantai. afta that baru dia perasan yang dia baling tu lah emas yang dia cari selama ni. oh?

so, nak habaq kat sini. bila kita lakukan something yang sama banyak banyak banyak kali. lama-lama kita akab lupa objektif sebenarnya kita buat benda tu. so same the case la dengan sambut maulid Nabi SAW tadi. objektif sebenar kita dah lupe sebab kita dah terbiasa dengan tentatif common sambutan Maulidur Rasul. 

so sebenarnya ada 4 perkara yang kita perlu buat. perlu checklist dalam diri kita.

  1. Faham dan tahu tentang kemuliaan Rasulullah SAW.
            tanah yang menampung jasad Nabi SAW itu adalah lebih mulia daripada kaabah.
            ~banyak lagi dalam quran dan hadith yang sebut tentang kemuliaan Rasulullah SAW. persoalanya,                    adakah kita mengambil tahu?

     2. Mengikuti sunnah

     3. Berselawat

     4. Faham maksud Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah.

so sekarang aku nak start m' checklist diri aku dulu. bye!




Tuesday, February 8, 2011

sekular?


assalamualaikum


entah. betol ke akidah, feqah, sirah, quran dan sunnah boleh terpisah dengan kerjaya, undang2, gaya hidup, politik dan pembangunan?




kalau tak, kenapa ramai wanita muslim di malaysia tidak menutup aurat seperti yang dituntut syarak? kenapa semakin bertimbun-timbun realiti tv show diperkenalkan di kaca2 tv? kenapa setiap kali berkunjung ke shopping complex kita akan tenggelam dengan music yang kuat hingga tidak sedar waktu solat? kenapa konsert2 yang dianjurkan masih mendapat sambutan hangat dari warga2 muslim di malaysia? mengapa berduyun2 pasangan couple yang asyik berkepit 24 jam walaupun di tempat public? (dan juga tak public)




pening. sakit kepala bila memikirkan semua ini. jika benar fenomena ini terjadi, di manakah silapnya? artis berambut perang,merah,putih. ahli keluarga pemimpin sendiri tidak menutup aurat. trend dan gaya yang dikatakan muslimah atau islamik, padahal langsung tidak menepati syarak. apakah bila kita membalut buah betik dengan kain yang jarang dengan ketat dapat menyembunyikan bentuk asal betik itu?



ITULAH SEKULARISM.


ya. bila agama dianggap private matter dan langsung tak diamalkan oleh undang2 dan gaya hidup.

aku sebenarnya rasa lemas dalam arus sekularism ini. nak je rasa jerit kat telinga mereka2, bila jumpa kita kena cakap tentang kebesaran Allah. sama2 mengagumi kehebatan Allah. makan kepok lekor sambil cerita sirah nabi. main badminton dan joging sambil bertukar pendapat dan solusi tentang isu bumi palestin dan umat2 islam yang tertindas kini.




tolong jangan tarik aku cakap pasal artis. cerita korea hero hensem. atau rita rudaini dah bercerai ke belum. jangan. jangan biar aku leka dengan cerita dunia padahal nanti aku akan pegi bertemu dengan Tuhan aku. apa yang aku nak jawab bila Dia tanya apa yang aku buat dengan masa remaja aku. apa aku nak jawab bila Dia tanya tentang masa sihatku.




kadang aku terfikir, ya Allah cepatlah datangkan jodohku. yang boleh membimbing aku, bawa aku lari jauh dari semua ini. atau, ya Allah, campakkanlah aku ke bumi palestin agar aku terselamat dari kesenangan dunia yang hanya akan bawa padah untuk aku di akhirat kelak.




tapi aku teringat ayat Allah yang lebih kurang bermaksud, Allah takkan merubah sesebuah kaum sehingga mereka merubah diri mereka sendiri.




akhirnya aku sedar. sebenarnya aku yang paling bersalah. aku yang paling lemah. tak mampu rasanya nak menarik kawan2 dari terus alpa hal dunia. lebih dari itu, aku turut 2x5. aku yang patut berubah. dari saat itu aku sedar aku patut berubah...



Rasulullah bersabda, "Perihal mukmin itu sangat mengkagumkan. sesungguhnya segala urusan itu baik. jika dia mengalami kesenangan dia bersyukur, maka itu kebaikan baginya. jika dia mengalami kesusahan, dia bersabar. maka baginya pun kebaikan.


berapa banyak aku bersyukur?? tidak sekular kah aku? nauzubillah..






starting..

assalamualaikum


2011 genap umurku 20 tahun.
azam dan impian semakin erat digenggam kemas
masa dan jadual harian semakin teratur
pandangan mula melangkah jauh
masa depan kian tergambar
semoga semua dalam redho tuhan.
amin