Sunday, August 12, 2012

Bab 3: Nasihat Emak

sambungan daripada klik sini

Aku membelek album gambar itu. Satu per satu gambar di dalamnya aku tatap. Kadang kala senyuman singgah di bibir. Namun di suatu ketika aku mengerutkan dahi.

Sejurus selepas aku mendapat tahu tentang penyakitku, aku terus mencari peluang untuk pulang ke kampong. Aku yakin emak pasti mampu meringankan beban ujian yang amat sarat kupikul ketika ini. Aku sudah tidak sabar untuk mengadu kepada gaya anak kecil. Di samping itu, aku juga ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada emak.

“Acik oo acik!” ibuku melaungkan namaku.

Aku tersentak mendengar laungan itu.

“Ya mak,” pantas aku menjawab

“Buat apa tu? Mari tolong mak kat dapur ni,”

Aku mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

‘Patutlah, dah nak start masak dah masa ni’ aku bermonolog sendirian.

“Ya mak, acik datang ni,”aku menyahut panggilan ibuku itu.

Sejurus sampai di dapur, aku terus bertanyakan emak apa yang hendak dimasak olehnya pada hari ini.

“Masak sayur lemak, cik,” jawab mak selamba.

Aku terus ke rak pinggan dan mengambil besen biru bersaiz sederhana. Aku berjalan kea rah peti sejuk dan mula bertanya,

“Mak, nak kena ambil sayur apa ni mak? Kubis saja ke mak?” aku pantas bertanya, tidak mahu memandai-mandai, bimbang sayur lemak emak tidak menjadi nanti.

“Ambillah sayur kubis, lobak merah, dengan lada besar. Kacang panjang ada tak? Kalau ada ambillah sekali. Hish dia ni, dah anak dara pon nak kena mak beritahu lagi sayur apa nak guna. Macam mana la kamu masak untuk laki kamu acik,” emak mula berbicara ala-ala bebelan manja.

“Mak ni, acik nak belajar la ni. Nanti kan boleh acik masak untuk si Ali tu nanti,” aku menyambung bicara.

“Dah 24 tahun mak membesarkan kamu, masa ni baru hendak belajar. Bertuah sungguh anak mak sorang ni,”

Aku hanya tersengih. Aku lantas mengambil sayur-sayur yang telah diberitahu oleh emak tadi dan mula merendam di dalam air garam. Ku biarkan ia seketika.

“Acik, sakit kamu macam mana? Dah pulih sepenuhnya ke belum?” emak bertanya kepada aku sambil menyiang ikan kembung yang baru dibeli dari pasar pagi tadi.

Mendengar soalan itu, serta merta air mukaku berubah. Sengihku tadi hilang.

“Macam tu la mak. Acik tak dapat ingat lagi apa yang berlaku dua tahun lepas. Memang acik langsung tak boleh ingat. Setiap kali acik cuba untuk ingat balik, sakit kepala ni mak,”aku mengadu kepada emak ibarat anak kecil.

“Ini lah ujian yang Allah takdirkan untuk anak mak yang seorang ni. Acik kena tabah. Allah tahu acik boleh laluinya sebab tu Dia bagi ujian ni kat acik. Cuma mak minta kamu tu janganlah dingin sangat dengan Ali. Dia tu baik budaknya,cik,”

Tersentak aku mendengar pernyataan emak.

“Kenapa mak kata macam tu? Obvious sangat ke mak acik ni macam dingin dengan Ali? Ke Ali ada cerita apa-apa dengan emak?” aku bertanya pantas.

“Tak adalah, biasanya kalau kamu balik rumah hujung minggu macam ni, Ali akan ikut kamu balik sekali. Kenapa kali ini kamu seorang sahaja yang balik?” emak pula melontarkan soalan.

“Balik sekali? Ye ke mak? Entahlah acik tak ingat. Kalau mak nak tahu, acik rasa baru semalam yang mak beria-ia sangat tak sokong pelajar macam kami ni kahwin awal. Eh, tiba-tiba acik pula dah ada suami, tak senang acik nak terima mak. Acik pon sudah minta izin Ali untuk balik. Acik sudah cuba yang terbaik mak untuk praktiskan teori tanggungjwab isteri yang acik tahu sebelum ni. Tapi, dia tak ada cakap pon nak balik sekali. Alah dia busy la tu. Lagipon Gombak ke sini kan jauh, mesti letih nanti,” aku cuba mencari point untuk menyokong tindakanku.

“Ye lah, itu kata kamu. Tapi sebelum ini, yang emak tahu, jauh ke dekat ke, memang dia akan balik sekali. Nak menjenguk emak dan abah katanya. Atau mungkin dia kecil hati kamu tak ajak dia. Tak pakat dulu dengan dia nak balik. Mak faham keadaan kamu sebab tu lah mak guna perkataan minta. Yang namanya ujian dan dugaan cik, memang tak senang. Walau macam mana pon, syariat Allah kamu tetap kena utamakan,” panjang lebar emak menghadiahkan nasihat yang padaku amat berharga sekali.

Aku menelan air liur. Ya, aku baru teringat yang aku memang langsung tak mengajaknya untuk balik sekali, jauh sekali untuk berpakat. Apa yang aku lakukan hanyalah meminta izin darinya, itupun hanya dengan kiriman sms yang ringkas. Menyedari kesilapanku, aku menarik nafas dalam.

“Mak,” aku memanggil dengan nada perlahan. Kemudian aku menyambung,

“Mak tahu kan acik macam mana. Acik tidak mudah mesra dengan orang. Dia masih asing bagi acik mak. Susah nak terima tiba-tiba sudah ada suami. Hal acik biasanya memang acik tak kongsi dengan orang,” aku mula berbicara dari hati ke hati.

“Ye lah acik. Mak faham kamu. Tapi bukankah Ali tu teman sekolah kamu dari MRSM dulu? Takkan kamu tidak ingat dia langsung, ingatan kamu hilang dua tahun sahaja kan?” emak membalas dengan pertanyaan.

Aku terkejut dengan pertanyaan emak. Aku yakin emak masih belum tahu apa yang berlaku di antara aku dan Ali sebelum ini. Namun, aku malas hendak membuka cerita lama. Biarlah aku seorang sahaja yang tahu. Akan ku simpan kemas di dalam lubuk hatiku.

“Acik ingat mak. Memang kenal, tapi mana rapat mana,” aku membalas. Walaupun aku sedikit berdalih namun aku memang bercakap perkara yang benar.

“Ikut suka hati kamulah acik. Pandai-pandai lah kamu berdua. Dua-dua pon sudah besar panjang. Sudah tahu mana yang baik mana yang buruk. Cuma mak boleh bagi nasihat sajalah, ya lah mak kan dah pernah makan garam dulu daripada kamu,” senada tutur kata emak.

“InsyaAllah, acik cuba. Selama ini pon acik memang cuba. Mungkin makan masa sedikit. Acik harap sangat Ali faham keadaan acik,”aku pula berkata-kata.

Aku faham hati seorang ibu. Dia sentiasa bimbangkan anak-anaknya ibarat mereka masih kecil dan masih perlu ditatang. Aku sangat menghormati ibu dan mengkagumi insan bergelar ibu itu. Nasihatnya walaupun pendek namun sentiasa memberi impak yang beasr di hatiku. Paling kurang, akan mengurangkan tekanan aku dan memberi semangat baru untuk aku melangkah keluar daripada bulatan permasalahanku.

“InsyaAllah cik, mak doakan kamu,”

Aku tersenyum.

“Terima kasih, mak,” pantas aku membalas.

Setelah itu, aku mula bangun dari tempat dudukku dan membasuh sayur-sayuran yang kurendam didalam besen biru sebentar tadi. Aku mengambil papan pemotong dan pisau. Kemudian aku mula memotong sayur-sayur itu.

“Mak, acik hendak tanya sedikit boleh?” aku memulakan perbualan.

“Apa dia anak?” emak membalas.

“Macam mana acik boleh kahwin dengan Ali ya?” perlahan namun masih kedengaran suaraku. Aku berasa malu untuk bertanya sedemikian, namun rasa ingin tahuku mematahkan rasa malu itu. Apatah lagi kalau hanya dengan emak, maluku berkurang.

“Kamu ini tanya emak pula. Keluarga dia datang meminang kamu, emak dan ayah setuju, kamu setuju, kahwin lah kamu. Macam mana lagi,” emak pula berbasa-basi kali ini.

“Acik tahulah macam itu mak. Tapi, macam mana emak boleh setuju untuk nikahkan acik dengan Ali? Seingat acik, emak bukan tak bagi ke acik kahwin masa belajar?” aku mula menghemburkan apa yang terbuku di hati.

“Dia datang cara baik, cik. Dia telefon abah kamu. Dia terus terang pada abah kamu katanya dia berkenan dekat kamu dan berniat nak dijadikan calon isteri. Mak pon ditelefonnya dia, cik,” cerita emak sambil senyuman yang melebar di bibirnya.

“Berkenan sungguh emak kat menantu mak seorang itu, sampai tersenyum-senyum mak,” lembut aku cuba menyakat ibuku yang tercinta itu. Lalu aku menyambung bicara,

“Beraninya dia mak. Macam tak percaya pula acik. Emak tahu tak, dulu dia..” perbicaraanku terhenti. Patutkah aku membuka aib suamiku sendiri?

“Dulu dia apa, cik?” emak kembali bertanya.

Aku tersengih, cuba untuk cover line.

“Tak adalah mak. Dulu dia nakal, alah masa zaman sekolah dulu,” aku cuba mengelak untuk menceritakan sebab sebenar perbicaraanku terhenti dan memberi penjelasan yang general kepada emak. Ya, memang benar Ali bin Alias memang seorang yang nakal dahulu.

Emak cuma ambil tak endah tentang kesasulanku. Aku memanjat kesyukuran.

“Mula-mula emak dengan abah pon berat hati juga acik. Ya lah kamu nak kahwin masa belajar. Walaupon sebenarnya mak dengan abah berkenanlah juga dengan budak itu. Baik budi pekertinya,”

Lain macam emak ni, macam berkenan benar dia dengan Ali, hatiku mengomel sendirian. Aku semakin tertanya-tanya apakah benar yang diceritakan emak itu gerangannya si Ali? Lain benar sifatnya dengan apa yang ada dalam ingatanku sekarang. Malah sebelum ini kami sebenarnya memang sudah langsung tidak bertegur sapa setelah “peristiwa” itu.

Ketika aku masih keliru, ibu menyambung bicaranya.

“Tapi dah keluarga si Ali tu beria-ia dan mempercepatkan akad nikah. Mak dengan abah tak boleh buat apa dah. Nabi kita pon suruh cepat kahwinkan anak gadis yang sudah bertemu jodoh. Sebab itu lah, kami setuju akhirnya,” panjang lebar emak bercerita.

Aku hanya mengangguk-angguk. Ibarat samarinda saja ceritanya, hatiku berbicara. Sebenarnya jauh di lubuk hati terlalu sukar untuk aku menganggap itu benar-benar terjadi kerana aku tidak merasainya.

“Emak, acik macam mana? Awal-awal sudah setuju ke?” aku akhirnya bertanya soalan yang paling aku ingin tahu jawapannya.

Tiba-tiba aku melihat ibu menguntum senyuman.

Pelik benar rasanya, apakah maksud senyuman ibu? Aku tertanya-tanya.

“Sebenarnya kalau acik nak tahu, ibulah yang meyakinkan acik untuk menerima pinangan Ali. Pada mulanya acik katanya belum bersedia,”

Setelah mendengar kata-kata ibu, aku terasa hatiku ibarat disambar kilat. Hatiku tambah berdebar-debar setelah mengetahui aku tidak bersetuju pada awalnya kerana aku tahu sangat siapa Ali itu di hatiku. Aku bimbang andai aku telah membuat kesilapan dengan mengahwininya.

“Jadi, acik tidak mahu ke mak? Kahwin paksa ke ni, mak?” aku mula bertanya bimbang.

Dari dahulu lagi aku sangat menginginkan suami yang soleh. Cukup andai dia meletakkan Allah dan Rasul di tangga teratas dalam hidupnya. Tak lebih dari itu. Aku bimbang andai aku menolak, itu bermakna dia belum berubah. Ali belum berubah. Dan diakhirnya aku menerima kerana menurut kata orang tuaku.

“Apa acik ni, cuba husnuzhon sedikit dengan emak. Takkan emak nak paksa anak emak. Acik bersetuju lah. Sebab itu berlangsung perkahwinan acik dengan Ali. Emak tahu acik sudah buat istikharah. Jangan biar syaitan masuk dalam fikiran acik walaupun sekarang acik tak boleh ingat. Bersangka baik dengan Allah, acik,” emak pantas menidakkan apa yang ada di dalam fikiranku sekarang.

Aku tunduk dan beristighfar. Ada betulnya kata-kata emak. Tatkala itu aku lupa janji Allah bahawa perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. Allah itu kan maha menunaikan janji.

“Maaf, mak. Acik terbawa-bawa perasaan,” aku menyambung.

“Mungkin betol apa yang mak kata, acik lihat gambar kahwin acik di album tadi. Semua orang nampaknya gembira. Memang meriah, ya mak?” aku lantas mengeluarkan pendapat.

“Alhamdulillah, majlis kahwin kamu hari itu berjalan dengan lancar. Ya lah, semua orang gembira. Lebih-lebih lagi kamu berdua. Tak lekang senyuman mak tengok. Tak apa, mak faham anak mak tengah melalui saat yang sukar sekarang ini. Acik bimbang Ali bukan lelaki yang baik ya?” emak mula mengorek punca kebimbanganku.

Perlahan aku mengangguk.

“Mak tidak tahu apa yang mak bakal beritahu kamu ini akan meyakinkan kamu atau tidak. Tapi acik kena percaya satu benda, emak dan abah tak akan bagi anak emak dekat lelaki sembarangan. Along kamu pon bagi lampu hijau kat Ali. Kamu tahu lah kan bagaimana cerewetnya along tu bila masuk bab adik-adik perempuan dia. Tengok kakak kamu tu, sampai sekarang tak berlaki lagi,”

Aku diam namun tanganku pantas berkerja untuk menyiapkan kuah sayur lemak emak.

“Bismillah dulu acik,” emak pantas menegur apabila melihat aku laju sahaja ingin memasukkan bahan-bahan ke dalam periuk.

Aku tersengih.

‘Bismillahirahhamnirrahim,”

bersambung...

Wednesday, August 8, 2012

20 ramadan

bismilahirahhmanirrohhim..

sudah tanggal 20 ramadan. pejam celik pejam celik tinggal 10 hari lagi ramadan akan mendampingi kita. terasa sebak di hati namun tingkahku seperti menunjukkan yang sebaliknya. aku tak tahu sama ada aku dah buat yang terbaik semasa bulan penuh keberkatan ini bersama-sama ku. masih terasa sisa sisa dosa yang aku lakukan. masih terasa ruginya masa yang berlalu tanpa aku menganggkat tangan berdoa pada Tuhan yang satu. ya  Allah berilah aku kekuatan untuk memburu malam lailatul qadr. malam yang lebih baik dari seribu bulan. aku berlindung daripadaMu daripada kemalasanku, ketidak telitianku dan sikap ambil lewaku. sungguh Kau yang Maha Memelihara, maka pelihara lah aku...

amin ya Robb