Aku
membelek album gambar itu. Satu per satu gambar di dalamnya aku tatap. Kadang
kala senyuman singgah di bibir. Namun di suatu ketika aku mengerutkan dahi.
Sejurus
selepas aku mendapat tahu tentang penyakitku, aku terus mencari peluang untuk
pulang ke kampong. Aku yakin emak pasti mampu meringankan beban ujian yang amat
sarat kupikul ketika ini. Aku sudah tidak sabar untuk mengadu kepada gaya anak
kecil. Di samping itu, aku juga ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada
emak.
“Acik
oo acik!” ibuku melaungkan namaku.
Aku
tersentak mendengar laungan itu.
“Ya
mak,” pantas aku menjawab
“Buat
apa tu? Mari tolong mak kat dapur ni,”
Aku
mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
‘Patutlah,
dah nak start masak dah masa ni’ aku
bermonolog sendirian.
“Ya
mak, acik datang ni,”aku menyahut panggilan ibuku itu.
Sejurus
sampai di dapur, aku terus bertanyakan emak apa yang hendak dimasak olehnya
pada hari ini.
“Masak
sayur lemak, cik,” jawab mak selamba.
Aku
terus ke rak pinggan dan mengambil besen biru bersaiz sederhana. Aku berjalan
kea rah peti sejuk dan mula bertanya,
“Mak,
nak kena ambil sayur apa ni mak? Kubis saja ke mak?” aku pantas bertanya, tidak
mahu memandai-mandai, bimbang sayur lemak emak tidak menjadi nanti.
“Ambillah
sayur kubis, lobak merah, dengan lada besar. Kacang panjang ada tak? Kalau ada
ambillah sekali. Hish dia ni, dah anak dara pon nak kena mak beritahu lagi
sayur apa nak guna. Macam mana la kamu masak untuk laki kamu acik,” emak mula
berbicara ala-ala bebelan manja.
“Mak
ni, acik nak belajar la ni. Nanti kan boleh acik masak untuk si Ali tu nanti,”
aku menyambung bicara.
“Dah
24 tahun mak membesarkan kamu, masa ni baru hendak belajar. Bertuah sungguh
anak mak sorang ni,”
Aku
hanya tersengih. Aku lantas mengambil sayur-sayur yang telah diberitahu oleh
emak tadi dan mula merendam di dalam air garam. Ku biarkan ia seketika.
“Acik,
sakit kamu macam mana? Dah pulih sepenuhnya ke belum?” emak bertanya kepada aku
sambil menyiang ikan kembung yang baru dibeli dari pasar pagi tadi.
Mendengar
soalan itu, serta merta air mukaku berubah. Sengihku tadi hilang.
“Macam
tu la mak. Acik tak dapat ingat lagi apa yang berlaku dua tahun lepas. Memang
acik langsung tak boleh ingat. Setiap kali acik cuba untuk ingat balik, sakit
kepala ni mak,”aku mengadu kepada emak ibarat anak kecil.
“Ini
lah ujian yang Allah takdirkan untuk anak mak yang seorang ni. Acik kena tabah.
Allah tahu acik boleh laluinya sebab tu Dia bagi ujian ni kat acik. Cuma mak
minta kamu tu janganlah dingin sangat dengan Ali. Dia tu baik budaknya,cik,”
Tersentak
aku mendengar pernyataan emak.
“Kenapa
mak kata macam tu? Obvious sangat ke
mak acik ni macam dingin dengan Ali? Ke Ali ada cerita apa-apa dengan emak?”
aku bertanya pantas.
“Tak
adalah, biasanya kalau kamu balik rumah hujung minggu macam ni, Ali akan ikut
kamu balik sekali. Kenapa kali ini kamu seorang sahaja yang balik?” emak pula
melontarkan soalan.
“Balik
sekali? Ye ke mak? Entahlah acik tak ingat. Kalau mak nak tahu, acik rasa baru
semalam yang mak beria-ia sangat tak sokong pelajar macam kami ni kahwin awal.
Eh, tiba-tiba acik pula dah ada suami, tak senang acik nak terima mak. Acik pon
sudah minta izin Ali untuk balik. Acik sudah cuba yang terbaik mak untuk
praktiskan teori tanggungjwab isteri yang acik tahu sebelum ni. Tapi, dia tak
ada cakap pon nak balik sekali. Alah dia busy
la tu. Lagipon Gombak ke sini kan jauh, mesti letih nanti,” aku cuba mencari point untuk menyokong tindakanku.
“Ye
lah, itu kata kamu. Tapi sebelum ini, yang emak tahu, jauh ke dekat ke, memang
dia akan balik sekali. Nak menjenguk emak dan abah katanya. Atau mungkin dia
kecil hati kamu tak ajak dia. Tak pakat dulu dengan dia nak balik. Mak faham
keadaan kamu sebab tu lah mak guna perkataan minta. Yang namanya ujian dan
dugaan cik, memang tak senang. Walau macam mana pon, syariat Allah kamu tetap
kena utamakan,” panjang lebar emak menghadiahkan nasihat yang padaku amat
berharga sekali.
Aku
menelan air liur. Ya, aku baru teringat yang aku memang langsung tak
mengajaknya untuk balik sekali, jauh sekali untuk berpakat. Apa yang aku
lakukan hanyalah meminta izin darinya, itupun hanya dengan kiriman sms yang
ringkas. Menyedari kesilapanku, aku menarik nafas dalam.
“Mak,”
aku memanggil dengan nada perlahan. Kemudian aku menyambung,
“Mak
tahu kan acik macam mana. Acik tidak mudah mesra dengan orang. Dia masih asing
bagi acik mak. Susah nak terima tiba-tiba sudah ada suami. Hal acik biasanya
memang acik tak kongsi dengan orang,” aku mula berbicara dari hati ke hati.
“Ye
lah acik. Mak faham kamu. Tapi bukankah Ali tu teman sekolah kamu dari MRSM
dulu? Takkan kamu tidak ingat dia langsung, ingatan kamu hilang dua tahun
sahaja kan?” emak membalas dengan pertanyaan.
Aku
terkejut dengan pertanyaan emak. Aku yakin emak masih belum tahu apa yang
berlaku di antara aku dan Ali sebelum ini. Namun, aku malas hendak membuka
cerita lama. Biarlah aku seorang sahaja yang tahu. Akan ku simpan kemas di
dalam lubuk hatiku.
“Acik
ingat mak. Memang kenal, tapi mana rapat mana,” aku membalas. Walaupun aku
sedikit berdalih namun aku memang bercakap perkara yang benar.
“Ikut
suka hati kamulah acik. Pandai-pandai lah kamu berdua. Dua-dua pon sudah besar
panjang. Sudah tahu mana yang baik mana yang buruk. Cuma mak boleh bagi nasihat
sajalah, ya lah mak kan dah pernah makan garam dulu daripada kamu,” senada tutur
kata emak.
“InsyaAllah,
acik cuba. Selama ini pon acik memang cuba. Mungkin makan masa sedikit. Acik
harap sangat Ali faham keadaan acik,”aku pula berkata-kata.
Aku
faham hati seorang ibu. Dia sentiasa bimbangkan anak-anaknya ibarat mereka
masih kecil dan masih perlu ditatang. Aku sangat menghormati ibu dan mengkagumi
insan bergelar ibu itu. Nasihatnya walaupun pendek namun sentiasa memberi impak
yang beasr di hatiku. Paling kurang, akan mengurangkan tekanan aku dan memberi
semangat baru untuk aku melangkah keluar daripada bulatan permasalahanku.
“InsyaAllah
cik, mak doakan kamu,”
Aku
tersenyum.
“Terima
kasih, mak,” pantas aku membalas.
Setelah
itu, aku mula bangun dari tempat dudukku dan membasuh sayur-sayuran yang
kurendam didalam besen biru sebentar tadi. Aku mengambil papan pemotong dan
pisau. Kemudian aku mula memotong sayur-sayur itu.
“Mak,
acik hendak tanya sedikit boleh?” aku memulakan perbualan.
“Apa
dia anak?” emak membalas.
“Macam
mana acik boleh kahwin dengan Ali ya?” perlahan namun masih kedengaran suaraku.
Aku berasa malu untuk bertanya sedemikian, namun rasa ingin tahuku mematahkan
rasa malu itu. Apatah lagi kalau hanya dengan emak, maluku berkurang.
“Kamu
ini tanya emak pula. Keluarga dia datang meminang kamu, emak dan ayah setuju,
kamu setuju, kahwin lah kamu. Macam mana lagi,” emak pula berbasa-basi kali
ini.
“Acik
tahulah macam itu mak. Tapi, macam mana emak boleh setuju untuk nikahkan acik
dengan Ali? Seingat acik, emak bukan tak bagi ke acik kahwin masa belajar?” aku
mula menghemburkan apa yang terbuku di hati.
“Dia
datang cara baik, cik. Dia telefon abah kamu. Dia terus terang pada abah kamu
katanya dia berkenan dekat kamu dan berniat nak dijadikan calon isteri. Mak pon
ditelefonnya dia, cik,” cerita emak sambil senyuman yang melebar di bibirnya.
“Berkenan
sungguh emak kat menantu mak seorang itu, sampai tersenyum-senyum mak,” lembut
aku cuba menyakat ibuku yang tercinta itu. Lalu aku menyambung bicara,
“Beraninya
dia mak. Macam tak percaya pula acik. Emak tahu tak, dulu dia..” perbicaraanku
terhenti. Patutkah aku membuka aib suamiku sendiri?
“Dulu
dia apa, cik?” emak kembali bertanya.
Aku
tersengih, cuba untuk cover line.
“Tak
adalah mak. Dulu dia nakal, alah masa zaman sekolah dulu,” aku cuba mengelak
untuk menceritakan sebab sebenar perbicaraanku terhenti dan memberi penjelasan
yang general kepada emak. Ya, memang benar Ali bin Alias memang seorang yang
nakal dahulu.
Emak
cuma ambil tak endah tentang kesasulanku. Aku memanjat kesyukuran.
“Mula-mula
emak dengan abah pon berat hati juga acik. Ya lah kamu nak kahwin masa belajar.
Walaupon sebenarnya mak dengan abah berkenanlah juga dengan budak itu. Baik
budi pekertinya,”
Lain
macam emak ni, macam berkenan benar dia dengan Ali, hatiku mengomel sendirian.
Aku semakin tertanya-tanya apakah benar yang diceritakan emak itu gerangannya
si Ali? Lain benar sifatnya dengan apa yang ada dalam ingatanku sekarang. Malah
sebelum ini kami sebenarnya memang sudah langsung tidak bertegur sapa setelah
“peristiwa” itu.
Ketika
aku masih keliru, ibu menyambung bicaranya.
“Tapi
dah keluarga si Ali tu beria-ia dan mempercepatkan akad nikah. Mak dengan abah
tak boleh buat apa dah. Nabi kita pon suruh cepat kahwinkan anak gadis yang
sudah bertemu jodoh. Sebab itu lah, kami setuju akhirnya,” panjang lebar emak
bercerita.
Aku
hanya mengangguk-angguk. Ibarat samarinda saja ceritanya, hatiku berbicara.
Sebenarnya jauh di lubuk hati terlalu sukar untuk aku menganggap itu
benar-benar terjadi kerana aku tidak merasainya.
“Emak,
acik macam mana? Awal-awal sudah setuju ke?” aku akhirnya bertanya soalan yang
paling aku ingin tahu jawapannya.
Tiba-tiba
aku melihat ibu menguntum senyuman.
Pelik
benar rasanya, apakah maksud senyuman ibu? Aku tertanya-tanya.
“Sebenarnya
kalau acik nak tahu, ibulah yang meyakinkan acik untuk menerima pinangan Ali.
Pada mulanya acik katanya belum bersedia,”
Setelah
mendengar kata-kata ibu, aku terasa hatiku ibarat disambar kilat. Hatiku tambah
berdebar-debar setelah mengetahui aku tidak bersetuju pada awalnya kerana aku
tahu sangat siapa Ali itu di hatiku. Aku bimbang andai aku telah membuat
kesilapan dengan mengahwininya.
“Jadi,
acik tidak mahu ke mak? Kahwin paksa ke ni, mak?” aku mula bertanya bimbang.
Dari
dahulu lagi aku sangat menginginkan suami yang soleh. Cukup andai dia
meletakkan Allah dan Rasul di tangga teratas dalam hidupnya. Tak lebih dari
itu. Aku bimbang andai aku menolak, itu bermakna dia belum berubah. Ali belum
berubah. Dan diakhirnya aku menerima kerana menurut kata orang tuaku.
“Apa
acik ni, cuba husnuzhon sedikit dengan emak. Takkan emak nak paksa anak emak.
Acik bersetuju lah. Sebab itu berlangsung perkahwinan acik dengan Ali. Emak
tahu acik sudah buat istikharah. Jangan biar syaitan masuk dalam fikiran acik
walaupun sekarang acik tak boleh ingat. Bersangka baik dengan Allah, acik,”
emak pantas menidakkan apa yang ada di dalam fikiranku sekarang.
Aku
tunduk dan beristighfar. Ada betulnya kata-kata emak. Tatkala itu aku lupa
janji Allah bahawa perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik. Allah
itu kan maha menunaikan janji.
“Maaf,
mak. Acik terbawa-bawa perasaan,” aku menyambung.
“Mungkin
betol apa yang mak kata, acik lihat gambar kahwin acik di album tadi. Semua
orang nampaknya gembira. Memang meriah, ya mak?” aku lantas mengeluarkan
pendapat.
“Alhamdulillah,
majlis kahwin kamu hari itu berjalan dengan lancar. Ya lah, semua orang
gembira. Lebih-lebih lagi kamu berdua. Tak lekang senyuman mak tengok. Tak apa,
mak faham anak mak tengah melalui saat yang sukar sekarang ini. Acik bimbang
Ali bukan lelaki yang baik ya?” emak mula mengorek punca kebimbanganku.
Perlahan
aku mengangguk.
“Mak
tidak tahu apa yang mak bakal beritahu kamu ini akan meyakinkan kamu atau
tidak. Tapi acik kena percaya satu benda, emak dan abah tak akan bagi anak emak
dekat lelaki sembarangan. Along kamu pon bagi lampu hijau kat Ali. Kamu tahu
lah kan bagaimana cerewetnya along tu bila masuk bab adik-adik perempuan dia.
Tengok kakak kamu tu, sampai sekarang tak berlaki lagi,”
Aku
diam namun tanganku pantas berkerja untuk menyiapkan kuah sayur lemak emak.
“Bismillah
dulu acik,” emak pantas menegur apabila melihat aku laju sahaja ingin
memasukkan bahan-bahan ke dalam periuk.
Aku
tersengih.
‘Bismillahirahhamnirrahim,”
bersambung...
No comments:
Post a Comment