Sunday, September 9, 2012

Baktisiswa =)

  
Assalamulaikum.

Sebenarnya lupe, sebelom ini nak update untuk 1/9/2012 hehe

1/9/2012

Hari ini hari ke-3 kiteorang. Hari ini la yang paling pack aktiviti. Start bangin pagi, mmg susah sket nak bangun pagi ni (maklum la, semalam balik pukul 3 :p), nasib baik wawa yang terkejut huhu. Setelah selesai semua, kami pi sarapan kat dapur. Makan nasi lemaq. Tok dah siap-siap dgn teh kosong (ni yang sayang tok ni hehe) Kami sarapan then mak datang dapur. Ingatkan mak dah tak bagi motor kat wa sebeb incident kemarin, tp nasib baik mak bagi lagi. Cuma mak tak bagi pi jalan besar. Ye lah aku pon faham, bahaya, kereta semua laju2 kat situ.

Cerita nya bawak lah motor peh peh peh (bunyi motor) pergi ke masjid, tempat berlangsungnya gotong royong. Ada yang sibuk buat persiapan untul medical checkup. Ada yang sibuk bergotong-royong dekat tadika. Brothers pulak ramai yang pi gotong-royong kat kubur. Semua pandai-pandai cari kerja sendiri. Actually dah assign pon orangnya, cuma mungkin aku yang kurang prihatin @ perasan. Hehe. Ada jugak yang bersiap-siap untuk ke ziarah tautan kasih, naik skuad sayyyangg! keh3.

Aku? Aku mula2 gi nyibuk kat tadika. Gotong-royong kat sana. Tapi nampak macam kurang kerja je. Jadi aku menyibuk pulak dekat budak2 sponsor yang nak tengah susun meja untuk medical check up nanti. Lepas tu datang la syuaidah, ajak pi gotong-royong kat masjid. Aku on je la (tak sabor nak buat kerja neh cecece haha). Kami pon pergi la bergotong-royong kat kubur, banyak benda yang nak kena buat kat situ. Nak bersihkan daun2 kering. Tapi tak campur la dengan brothers sbb kubur tu agak luas. Diorang buat belah sana, kami buat belah sini hehe.

Tapi sebenarnya tak lama pon aku bergotong-royong sebab tiba2 zaliq datang dan bagitahu suruh print text MC. Aku pon pergi merempit dengan afiqah misran semata-mata nak cari kedai print hehe. Tapi malangnya tak jumpa. Eh, jumpa tapi semua tutup. Tak boleh nak buat apa jugak. Masa balik tu nampak Thaqif nak keluar dengan kereta kancil mak angkat dia (hamboi dapat kereta habaq hang hehe), ingat nak kirim tp terjoin diorang pi cari kedai untuk print. Dapat memang dapat, tapi sehinggit print sehelai hitam putih. Mahai nak mampuih (sori, bhs yg agk kasar). Tp mmg mahal, sampai sekarang aku tak dapat nak terima huhu. Nasib baik lepas tu dpt ais krim free =)




Nurse2 yang sgt peramah =)

Hari ini agak busy sebab aku tak balik pon rumah mak tengah hari tu. Lebih kurang pukul 12.30 macam tu, kiteorang keluar lagi, (aku, syu, min, farah) tumpang kereta azim pulak. Pi beli barang2 untuk closing ceremony. Pi mydin hehe. Tapi serius yang ni tak main2. Fokus dengan barang yg nak dibeli keh3.

Balik tu, tumpang solat rumah farah (adik junior yg special ;D), lepas tu terus pi dewan. Nak setting dewan + reharseal tuk gimmick. Sebenarnya serius ada sedikit kekalutan tuk closing ceremony tapi looking at the result, i think we still made it =)

Bila dah habis reharseal sume, kami dijemput untuk ke tadika  untuk jd penonton bertandingan busana muslim/ah untuk adik2 kat kampung tu. Kami la juga anjurkan. Ah, lupa ada juga pertandingan mewarna. Ni ha gambar budak2 tu. Sangat comel! Hik3








eh, ade jugak? hehe

Selesai contest tu, bermula lah closing ceremony. Alhamdulillah, gimmick gempak (msuk bakul angkat sendiri ke? boleh dikatakan la heheh), akustik team juga best, dapat duit raya pon best dan yg penting makan banyak best. Macam2 adaa. Roti canai ada, kuey tiaw ada, lemang ada, ketupat ada, nasi putih ada, mee sup pon adaa. Eh, eh, ais krimm pon adaa hehehe. Bak kata boboboi, terbaik! =)









akustik team 


Tu jela yang aku mampu coretkan. Semoga kepemergian kami ke kampung kandai alor setar, kedah memberi manfaat kpd penduduk kg di situ juga kepada diri kami sendiri. Hanya Allah yang mampu menilai setakat mana keikhlasan kita.

Sekian dari aku.
Dan SWIED 12 melabuhkan tirai =)





Tuesday, September 4, 2012

More from SWIED 12


Assalamualaikum. 

31/08/2012

Hari kedua SWIED 12. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar. Melainkan sedikit kepincangan dari opening ceremony semalam. Pagi ini aku bangun jam 6 pg, kemudian aku menyiapkan diri dan buat segala yang patut. Yelah, duduk rumah orang kan. 

Pukul 8pg, kami ada program motivasional slot bersama kanak-kanak kampung tu. Aku adalah salah seorang fasi bagi program itu. Partner aku adalah cik Diyana Adnan. Alhamdulillah, objektif kami tak lain tak bukan adalah untuk mendekati mereka dan cuba menyampaikan Islam itu sendiri. Kami ada dua sesi. Sesi yang pertama kami guide group kami dengan cara yang santai. Tapi dalam masa yang sama berilmiah. Kami main game untuk cube meleraikan benteng antara adik-adik dengan kami. Ye lah, kebanyakan mereka pemalu dan pasif. Namun tak kurang jugak nakalnya, lebih2 lagi adik syafiq, haah, itulah nama dia. Adoi sabar je la dengan awang sorang ni hehe.

Sesi keduanya pula kami cuba untuk lebih serius. Kali ini penyampaian tersiratnya lebih kepada tujuan hidup di muka bumi ini. Bunyi macam berat kan, tapi kami cuba untuk bawa dengan lebih ringan supaya adik-adik boleh catch up dan masuk ke dalam hati gitu. Dengan budak2, kita buat style budak2 =)

Habis kat situ, untuk petangnya pula, kami ada permainan tradisional. Wah, ini memang aku semangat nak cerita. hehe. Dengan rasminya aku ingin memberitahu, kumpulan (nama apa ya,lupe) Titian Hayun rasanya, telah mendapat tempat pertama hehe.

Aku masuk game kukuq nyoq, kaki gajah( ala yang pijak atas tempurung tu).. em tu jela hehe. Tarik upih, aku tak main, bagi orang lain. Pembahagian kumpulan ini terdiri daripada kalangan komiti dan kanak2 kat situ. Yang ini memang sangat happening. Best hehe.

Malamnya pula kami ada cerama "Merdeka Dari Sisi Islam" oleh Ust Ikmal. Alhamdulillah, ini pon berjalan lancar. Ceramah pon disampaikan dengan jelas oleh al-fadhil ustaz.  

Jam 11.30, kami ada briefing dan postmortem. Habis program, mak dengan ayah ajaq pi makan kcf. Ni yang syok ni hehe. Malam tu, kami balik lebih kurang pukul 3pg. Memang sangat letih, tapi layankan aje hehe. Dalam perjalanan pulang, boleh pula kami terserempak dengan mat-mat rempit aloq setaq tengah bergaduh. scaryyy hehe.


bos besaq dan mak pah

air yang telah menyumbang apabila kehausan tekak :)


al-fadhil ust Ikmal

tengah dengaq ceramah

makan2:opening ceremony

postmortem

Titian Hayun juara!!!

akustik team

khusyairi =)


Sekian, wasalam.

P/s: bersambung 1/9/2012 =)



Sciencess with Kedahan 2012 (SWIED 12)!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah swied 12 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. special thanks to all the steering committe yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, despite of few obstacles here and there. InsyaAllah, program ini telah berjaya memberi manfaat kpd orang lain dan juga terhadap diri aku jugak. Semoga Allah memberkati dan meredhai program ini dan kami dapat saham di akhirat kelak.

Amin.

Let pictures do the talking =)











































Selepas 3 hari berinduksi di UIA, kami akhirnya bertolak ke Kg Kandai Alor Setar pada 29/8 malam.

30/8/2012
Kami tiba di Alor Setar kira-kira jam 5.40 pg. Kemudian kami solat subuh di sebuah masjid di situ (aku kurang ingat nama masjid itu). Kebanyakan sisters terus mandi dan membersihkan diri namun brothers belum (mungkin kerana menunmpukan untuk solat subuh). Lebih kurang pukul 7pg, kami menaiki bas dan ke Pasar Besaq Aloq Staq, dan bersarapan di situ. Aku makan roti canai kosong + teh ais (mak aih, minum sejuk pagi2 hehe) 

Kemudian, kami balik kembali ke masjid tadi bagi menyiapkan diri bagi sesiapa yang belum menyiapkan diri mereka. Masa ni nak kena touch up bagi lawa2 taw, sebab lepas ni nak pergi jamuan rayee pak JIB! hehe.

Pukul 10 pg, kami berangkat ke jamuan aidilfitri bersama PM (ehem2). Berapa kali betulkan tudung tak tahulah, neves nak jumpa pm ;p Makan, makan, melantak dan makan, akhirnya kami mula berangkat ke kampung kandai pada jam 12 tengah hari. Dimaklumkan PM kite (untuk semua #eh) akan sampai pukul 1 ptg, so tak sempat nak jumpa. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

Lebih kurang pukul 2, kami tiba di kampung kandai, dengan bantuan tourist guide dari PM kami, Encik Paan Yusuf dengan moto besaq die hehe. Sesampainya kami di sana, barulah kami tahu yang bas tak boleh masuk sampai ke dalam, cuma boleh hantar sampai kat jalan besar. Jadi, kami kenalah berjalan kaki dengan membawa beg2 kami yang boleh tahan beratnya, hinggalah tiba di dewan kampung tu. Adoi, jauh jugak, siyez huhu.

Lepas settle down sume, para sisters di jemput untuk diangkut oleh kak mira untuk solat dulu di masjid kg kandai tu. Kami solat jamak berjemaah dengan berimamkan Syime samsi hehe. Then, sume tukar baju formal swied 12, dan mula berangkat ke dewan kembali untuk setting dewan for opening ceremony yang akan berlangsung pada 5 ptg nanti.

Itu ini, itu ini, sampai waktu opening ceremony. Masa ini agak kelam kabut sebenarnya, yelah kami pon pertama kali jumpa dewan ni. Then nak pasang PA system bagai, dengan skrin nye. Banyak nya decision kene buat on the spot tu jugak. Nasib baiklah sume komiti memang terbaik, flexible dan tidak mudah menggelabah. Kredit to olls :) Tapi, yang slack sket, Prof K datang awal. Masa tu opening stil tak leh start sebeb masih tunggu VIP yang lain. Jadi nampak sedikit janggal kat situ. Nasib baik ade azim, dia yang entertain Prof K.

Bla and bla, speech.. speech.. tiba lah waktu pembahagian anak ankat. Jeng! Jeng! Jeng! Sedih sikit lah masa ini. Dah la mula-mula berdebar-debar,(diaorang panggil sorang2, then ambil gambar kat atas dewan) tak tahu dapat bapak angkat siapa kan, and siapa yang duduk satu rumah sekali dengan kita (dalam kalangan komiti), bila dah tahu tu, boleh pulak bapak angkat tak sampai lagi. T__T  Yang epic nya, nama aku dan wawa, yang paling last dalam list anak angkat untuk sister. Tunggu punya tunggu, boleh pula tiba-tiba bapak angkat tak datang kan. Memang sedih. Tapi sekejap jela, lepas tu dah no hal dah. Mak angkat datang. Mak cakap ayah malu, sebab kena ambil gambar. dah datang dah tadi. kuang3. haha.

Dipendekkan cerita, kami pon sampai la di rumah mak dan bapak angkat kami. Kat situ, aku kenal tokwan, tok, una, kushairi dan mujib. Comel2 semuanya hehe. Ah, ada sorang lagi, abang si una ni, tapi aku tak cakap mana dengan dia sebab dia selalu tak ada kat rumah. Tp okay jugak, sebeb dia ni anak teruna, tp still satu tahun muda dari aku.

Adik2 angkat aku semue terbaik. Kejap je mesra dengan kami, Peramah orangnya. Pon same jugak dengan mak dan bapak angkat dan jugak tok kami. Depa sume berniaga, bukak kedai makan mee sup. Sedap cek habaq mai hehe. Tp sedap ag yg mak betoi punye kot hehe.

Malam tu, ada tayang perdana, "Hafalan Solat Delisa". Una dengan Kushairi ikut sekali pi tengok kat dewan. Alhamdulillah semua berjalan lancar cume banyak nyamuk sket. Kesian kat budak-budak. Yang yang terbaiknya, diorang still cool, stay sampai cerita tu habis. Yang nangis pon ada, yelah sedeh cite ni. Pasal seorang budak yang kehilangan keluarga akibat tsunami di acheh pada 26 disember 2006 tu. Habis tanyangan, Hafizuddin (jubek) ketua DnT, bagi sedikit penerangan dan simpul balik semua nilai-nilai yang ada dalam cerita ini. Bagi adik-adik faham apa yang cerita ini cuba sampaikan. Sebenarnya inilah salah satu pendekatan kami untuk menyampaikan pada adik2 tentang islam dalam cara yang santai.

Lepas tu kami ada briefing dan postmortem. Dalam pukul 12 malam, aku dan wa balik rumah. Ayah datang ambil. Singgah kedai kejap lepas tu night2, sweet dreaamm =)

p/s: esok sambung 31/8/2012 pulak. bye.