Tuesday, September 4, 2012

More from SWIED 12


Assalamualaikum. 

31/08/2012

Hari kedua SWIED 12. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar. Melainkan sedikit kepincangan dari opening ceremony semalam. Pagi ini aku bangun jam 6 pg, kemudian aku menyiapkan diri dan buat segala yang patut. Yelah, duduk rumah orang kan. 

Pukul 8pg, kami ada program motivasional slot bersama kanak-kanak kampung tu. Aku adalah salah seorang fasi bagi program itu. Partner aku adalah cik Diyana Adnan. Alhamdulillah, objektif kami tak lain tak bukan adalah untuk mendekati mereka dan cuba menyampaikan Islam itu sendiri. Kami ada dua sesi. Sesi yang pertama kami guide group kami dengan cara yang santai. Tapi dalam masa yang sama berilmiah. Kami main game untuk cube meleraikan benteng antara adik-adik dengan kami. Ye lah, kebanyakan mereka pemalu dan pasif. Namun tak kurang jugak nakalnya, lebih2 lagi adik syafiq, haah, itulah nama dia. Adoi sabar je la dengan awang sorang ni hehe.

Sesi keduanya pula kami cuba untuk lebih serius. Kali ini penyampaian tersiratnya lebih kepada tujuan hidup di muka bumi ini. Bunyi macam berat kan, tapi kami cuba untuk bawa dengan lebih ringan supaya adik-adik boleh catch up dan masuk ke dalam hati gitu. Dengan budak2, kita buat style budak2 =)

Habis kat situ, untuk petangnya pula, kami ada permainan tradisional. Wah, ini memang aku semangat nak cerita. hehe. Dengan rasminya aku ingin memberitahu, kumpulan (nama apa ya,lupe) Titian Hayun rasanya, telah mendapat tempat pertama hehe.

Aku masuk game kukuq nyoq, kaki gajah( ala yang pijak atas tempurung tu).. em tu jela hehe. Tarik upih, aku tak main, bagi orang lain. Pembahagian kumpulan ini terdiri daripada kalangan komiti dan kanak2 kat situ. Yang ini memang sangat happening. Best hehe.

Malamnya pula kami ada cerama "Merdeka Dari Sisi Islam" oleh Ust Ikmal. Alhamdulillah, ini pon berjalan lancar. Ceramah pon disampaikan dengan jelas oleh al-fadhil ustaz.  

Jam 11.30, kami ada briefing dan postmortem. Habis program, mak dengan ayah ajaq pi makan kcf. Ni yang syok ni hehe. Malam tu, kami balik lebih kurang pukul 3pg. Memang sangat letih, tapi layankan aje hehe. Dalam perjalanan pulang, boleh pula kami terserempak dengan mat-mat rempit aloq setaq tengah bergaduh. scaryyy hehe.


bos besaq dan mak pah

air yang telah menyumbang apabila kehausan tekak :)


al-fadhil ust Ikmal

tengah dengaq ceramah

makan2:opening ceremony

postmortem

Titian Hayun juara!!!

akustik team

khusyairi =)


Sekian, wasalam.

P/s: bersambung 1/9/2012 =)



No comments:

Post a Comment