Thursday, August 15, 2013

Lagi bagus kalau Malaysia menjadi seperti Mesir?

Assalamualaikum

here i am. at the same spot. doing the same thing

terkini  di mesir:

lebih 2500 syahid
lebih 3000 ditangkap
lebih 10 000 cedera
lebih 200 jurugambar dibunuh
dataran raba'ah dikosongkan tentera
hospital lapangan raba'ah ditutup tentera
hospital lapangan nadhah dibakar tentera
doktor2 bertugas ditangkap tentera

berbalik kepada tajuk entry

lagi bagus kalau malaysia  jadi seperti mesir?

ya Allah aku berlindung kepada Mu dari setiap perucapanku

bukanlah aku menganggap aku sama kuat dengan saudara-saudara kita di mesir yang amat cintakan kematian dan rindukan syahid

mereka masih kekal di medan walaupon mereka tahu mereka mungkin ditembak oleh tentera yang sudah hilang perikemanusiaan

Allah..

pertama kali aku membaca di dada akhbar setelah peristiwa penggulingan presiden mesir, Dr Muhammad Mursi yang menayangkan tentera menembak penyokong Mursi beramai-ramai ketika mereka sedang solat subuh di medan

Allah..

rakyat yang tak bersenjata ditembak beramai-ramai?

apa agaknya justifikasi yang mereka gunakan atas kekejaman yang mereka telah lakukan ini?!

hati robek. air mata mengalir

namun, perasaan itu hanya ketika itu. saat kaki mula meninggal dada akhbar itu, aku mula melupakan saudara-saudara ku itu. dan darah mereka. dan mula mengerjakan kembali rutin harian ku

apa yang mampu aku lakukan??

apa yang telah terjadi kepada dunia. namun, aku tak mampu melakukan apa-apa, selain mengirimkan doa qunut nazilah setiap kali usai solat

setiap kali, aku jadi terfikir apakah lebih baik malaysia menjadi seperti mesir atau kekal 'aman makmur' seperti sekarang?

di mesir, peluang untuk syahid ada di depan mata

Allah..

sungguh aku tak tahu apa yang akan aku lakukan jika aku berada di  tempat saudara-saudara kita di mesir. aku tak tahu apa aku cukup kuat untuk menyahut panggilan jihad itu

tapi satu yang pasti, aku cemburu dengan mereka. kerana Allah mengurniakan peluang untuk mati jihad kepada mereka

mesir adalah bumi berkah yang cukup terkenal dengan perujuangan jihad bermula dari zaman para anbiya dahulu lagi

tak perlu untuk aku huraikan dalang-dalang di sebalik penggulingan Mursi. aku gelarkan sahaja dalang-dalang ini 'mereka'

'mereka' memang tidak akan betah melihat seorang pemimpin Islam yang membawa syiar Islam yang suci, bijaksana, adil ke bumi mesir kerana takut islam akan bersinar dan kegemilangan islam kembali

'mereka' tidak akan membiarkan kepempinan Mursi mengganggu perancangan mereka kerana mereka kini telah menguasai dunia

tapi mungkin mereka tidak tahu yang Allah telah menjanjikan kemenangan kepada kita, cuma masanya belum tiba

oh maaf, mungkin mereka tahu, cuma mereka terlalu sombong untuk mengakui nya

pointnya aku sebenarnya, aku bimbang dengan keadaan kita di malaysia ini !

ya saudara kita di mesir, di syria (Allah, kanak-kanak disembelih, wanita di cabul kehormatan T-T), di palestin

mereka bermandikan darah setiap masa tapi hanya jasad mereka ditindas, dizalimi

hati dan jiwa mereka benar. taqwa mereka kepada Allah melambung tinggi. mereka juga dikurniakan jihad. orang yang mati jihad hidup di sisi Allah!

tapi kita??!

jasad kita dimanja, dibelai, disuap pelbagai nikmat, kemudahan, kesenangan

tapi hati dan jiwa kita??! ke mana??! ke mana sahabat-sahabat?

ke karok, ke rempit, ke cite cite korea, ke lepak, ke dadah, ke gejala sosial, ke pelbagai jenayah

yang akhirnya dapat aku simpulkan, jiwa dan hati kita hanya di sogok untuk memburu DUIT dan HAWA NAFSU

di akhirat kelak, mana yang laku?

jasad atau hati?

rupa paras, kekayaan atau taqwa?

Allah..

sungguh aku tak bermaksud aku ini lebih baik daripada orang lain, aku cuma menukilkan apa yang terkandung dalam otak pemikiran aku

kadang aku menangis sendiri, namun aku kembali melakukan rutin harian ku

wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment