Bismillahirahmanirahhim
Hari ini macam biasa. Cuti2 duk kat umah. Duk berteman dengan tb. Nasib bek buat jugak sket some chores. Alhamdulillah abah dah aktifkan bband, moga2 aku gune untuk perkara yang baik2 dan bermanfaat je. Amin.
Hari tu, tangan ni tak nak duk diam. Then, terbelek lah satu fail ni. MasyaAllah jumpa pulak result spm dulu. Then i reminisce something..
Result tu a bit dissappointing. Now it is already a bit, but satu masa dahulu ianya very very dissappointing.
Sehari sebelum result spm 2008 keluar
Aku dan Liza sangat excited untuk pergi ke Langkawi, ke maktab kami untuk mengambil result spm. Pada masa yang sama, of course i'm very nervous. Dengan semangat yang membara, tiket bas tasik kenyir dibeli. Harapan menggunung ketika itu. Semasa dalam perjalanan yang panjang itu, bermacam perkara yang bermain-main, berlegar-legar di otak pemikiran aku ini. Akhirnya aku terlelap dek letih membayangi apa yang bakal terjadi.
Hari result spm 2008 keluar
Sampai di stesen bas kuala perlis, kami bergegas ke jeti kuala perlis untuk mengambil tiket feri ke langkawi. Ya, ketika itu masih awal pagi. Sesampai di sana, kami sempat bertemu dengan beberapa rakan seperjuangan kami. Masya Allah, best rasenya dapat bereunion di jeti kuala perlis. Tapi aku bukanlah 'gu kacip' dengan semua orang. Aku ingat ketika terserempak dengan 'budak-budak superpandai' hanya sepatah dua mulutku berbicara. Mana taknya, mereka duk sibuk bercakap rusia, german dan etc. Ya ya ya. Geng fast track, dapat offer dengan result trial. Pergh. Macam mana ade orang boleh pandai sampai cenggini. *sambil geleng kepala
Lebih kurang dua jam atas feri, kami akhirnya tiba di jeti Langkawi. Mak aih, kat situ jumpa pulak dengan ex-roomate aku. Amy hamzah. Rindu sangat2 masa tu. Amy ni unik sket orang dia, tu yang best len macam je kawan dengan dia. Lain kali kalau aku rajin, aku buat penulisan pasal dia. Then, bla bla bla, sampai la kat Maktab Rendah Sains Mara Bitara Langkawi. Hah, dah rasa dah nostalgia dia tu. Maktabku tempat bertapaknya kasih sayang... Eh, opss silap tu Mrsm YTB (hehe)
Time ni, reunion ke, durian runtuh ke, dah takde perasan dah. Hanya ada butterfly in my stomach. Seriously debooo gilerr. Hanya ada satu jalan untuk aku mententeramkan diri aku. Aku duduk. Betol-betol depan bilik aktiviti guru-guru. Aku duduk and pejam mata. Tatkala perasan aku sudah mula tenteram, tiba-tiba mai sorang budak laki ni duk menjerit2 depan aku. Haih, kacau betol!
"Ril, aku dapat 10A! Aku dapat 10A! Aku dapat 10A! Ko pon jugak. Aku nampak kat dalam tadi"
Anuar, kelas 504 duk menjerit kat Syahril Anas (aku tak ingat kelas apa)
Then dia dua orang duk melompat-lompat depan aku. *Sabo je la. Saat itu, tahulah aku bahawa result dah keluar. Dengan tangan dan kaki yang terketar-ketar, aku cuba bangun untuk mengetahui result aku. Ketika itu, result dibahagikan mengikut kelas, kalau tak salah. Tapi yang pasti result aku tiada di bilik aktiviti guru-guru itu tadi. Apa yang aku dapat info, result aku ada dengan HEP maktab, Cikgu Roslan. Kami semua bergegas ke bilik HEP. Jantung ketika itu terasa bagai nak jatuh, sangat nervouss.
Tiba giliran aku, HEP itu menghulurkan sekeping kertas kepada aku without him saying anything, like goodjob, congrats. NO!
Dia just bagi dan senyum sedikit. Emm, senyum ke tu? aku pon tak pasti. From that reaction, i feel something wrong. Really really wrong. Aku keluar bilik tu, then i take a glimpse of that particular paper. from top to bottom.
SATU
SATU
SATU
SATU
SATU
SATU
SATU
TIGA
DUA
Info: di zaman 2008, gred A ialah satu, dan dua. manakala gred B, tiga dan empat. dan begitulah seterusnya.
Ketika itu, saat itu, that moment, my vulnerable heart crash into zillion of pieces, falling from the highest tower in the world.
Air mata, hingus, semua keluar on that very moment. Hati aku berkecai. Dengan langkah yang lemah dan longlai, aku ditolak dan diasak ke arah rakan-rakan ku. (ditarik je sebenarnya). Then, bermulalah perbualan yang menyiat-nyiat hatiku bak ditusuk sembilu.
Secara pendek, isinya begini:
Syafinaz : straight As
Rahimah: straight As
Liza (yang merantau sekali dengan aku) : straight As
Laile: straight As
(ni semua adalah teman rapat aku)
Rumusannya, semua budak kelas aku dapt straight As kecuali aku dan sorang dua lagi. Am i a black sheep?
After that, i call my mother. Actually she call me. Masa tu air mata memang dah tak boleh tahan dah, i burst into tears. very heavy one. i couldn't speak. I want to give her an excellent result like everyone else. But now, it's impossible. But somehow, i manage to tell how much i get. In teresak-esak way. Then she say something that soothing me.
"Takpela acik. Kita dah berusaha. Sekarang ni semua balik pada qada dan qadar" *in terengganu accent
I come to think what she say. Tapi tak sempat nak think lama-lama sebab lepas tu, along, akak, abah semua call aku. All of them say something like my mother said. At that time, i'm really grateful to be given a very understanding and inspiring family. They were all concern about me, than my result.
Not just my family, my friends also try to comfort me. Yeah, i appreciate it. Tapi aku rasa better if they don't.
Cuba bayangkan orang yang tengah kecewa sebab gagal exam exam, then datang orang yang lulus datang cakap. Ok la result tu, not bad apa.
Kalau result tu okay, then what become of me, a really dumbb person and you super high class intelligent. like that??
Okay mungkin, itu fikiran yang sangat negative. Tapi bagi aku, if that result is not okay, just acknowledge it. Don't need to say it is okay, for the sake of comforting. You are hurting his dignity (maybe better than word pride huhu)
Okay done with comforting story. Dipendekkan cerita sekeping kertas nipis yang mengandung keputusan spm itu amat-amat memberi kesan kepada aku luar dan dalam.
Walaubagaimanapun, aku hanya mempunyai satu pilihan yang terbaik untuk aku ikut. Sebenarnya aku punya banyak pilihan, namun sebagai seorang hamba, hanya satu pilihan yang bisa aku tempuh. iaitu...
REDHA
Panjang lagi episod redhaku. Ternyata ianya bukan mudah. InsyaAllah, lain kali aku akan
coretkan di dalam diariku ini.
Redha. Senang nak eja, tp susah nak laksanakan. But what amazing is, it has a beautiful hikmah behinds it.
[nota diri]
durriyyah faiqah

No comments:
Post a Comment