Bismillahirahhmanirahhim
Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan islam yang Kau kurniakan pada hari ini, saat ini pada hamba yang penuh kekurangan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan taufik dan hidayahnya pada kita semua. Amin.
Back to tajuk entry. Masha Allah. Subhanallah. Meh tengok video ni..
Tudia. Kat telinga ni dah penuh da orang cakap sweet2... Mula lah kawan-kawan ramai dah yang start bukak topik kahwin muda. (tapi aku diam je :p )
Masha Allah. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulutku ketika itu. Bukan apa, cuma langsung tak expect yang seseorang boleh menjadi romantik, at the same mengikut shariah. Ye lah, kan kita tahu, manusia yang paling romantik adalah Rasullulah. Masha Allah, baginda sangat romantik pada isteri baginda. Berlumba lari dengan Saiditina Aisyah ra. Ada satu ketika baginda makan daging (kalau tak silap) bersama Aisyah, hingga akhirnya bibir mereka bertemu. Romantikkan Rasulullah? ^_^
In context video kat atas, kita bukan ambil hebahan perihal pertunangan itu, (sekarang dah bernikah, alhamdulillah) namun yang kita ambil adalah jalan yang si muslimin itu ambil untuk approach orang yang dia berkenan. Masha Allah, semoga Allah menambahkan kefahaman agama kepada kita semua. Juga semoga video ini dapat menjadi salah satu jalan dakwah buat mereka yang masih memilih untuk couple ataupun couple-tapi-tak-declare di luar sana. (aku tahu aku ketinggalan, video ni dah lame keluar -,-)
Apapun bentuk relationship antara lelaki dan perempuan andai tidak berniat ke arah perkahwinan adalah haram. Hatta, yang dah bertunang pon masih tak boleh berhubungan sesuka hati. Jagalah keberkatan itu kerana ianya pemanis selepas perkahwinan. Andai sebelum kahwin pon kita selalu contact dengan dia, bermesej-mesejan (yang hanya kita dan dia sahaja yang tahu), siapa boleh jamin dia tak akan buat begitu dengan wanita lain walaupun selepas kahwin nanti??
Slogannya ialah... makin banyak kita simpan, makin banya kemanisan yang kita nikmati nanti setelah nikah! :)
Masha Allah, panjang lebar pasal nikah. Dah nak kahwin sangat ke aku ni?
Tak. Tak. Bagi aku formulanya senang. Cinta Allah.
Andai ada lelaki yang datang dalam hidup aku sebelum aku betul-betul gapai cinta Allah, pada aku, ianya satu masalah. Kerana aku takut nanti aku terlebih sayang padanya berbanding pada Allah. Kerana pada hakikatnya, sebelum atau selepas kahwin sama sahaja, formula kita hanya cinta Allah dan RasulNya.
Kerana.. suami kita itu juga adalah milik Allah. Tak ada sesuatu pon di dunia ini milik kita, melainkan semua milik Allah. Andai Allah datangkan jodoh, semoga bersama jodoh itu, cintaku kepada Allah semakin bertambah.
Masha Allah, untuk si dia 'bakal suamiku'
Aku tak bimbang kerana Allah telah menjanjikan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik
Cuma sekarang ini aku tengah berusaha untuk menjadi salah seorang daripada "perempuan yang baik" itu
Aku percaya engkau juga begitu
Sama-sama kita menjaga diri
Kerana kita ada Allah
Aku sangat yakin akan pertemuan kita
Kerana percaturanNya sangat hebat
Letaklah cinta Allah dan Rasul di tempat paling teratas
Dengan itu engkau akan melakukan semua perkara bersyariat
Hanya itu yang aku minta darimu
Kerana engkau yang akan membimbing aku dan anak-anakku kelak
Setakat ini sahaja dariku
Kerana aku masih perlu mempersiapkan diri untuk menjadi sayap kiri mu kelak
Hingga tiba waktu itu
Assalam.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment