Bismillahirahmanirrahim
Akak share satu kisah mengenai diri akak ye. Suatu hari akak
tengah rilek2 dalam bilek. Duk layan cite korea la masa tu. Tiba-tiba roommates
akak termengah-mengah baru balik dari kelas masuk compartment akak. Biasalah
bilik kami tingkat empat. Akak pon macam, aih kenapa diorang ni? Kacau je. Ye
lah bising-bising masuk bilik, panggil sazi!
Sazi! Kan. Tapi akak diamkan saje, buat muka cool je :p Lepas diorang
tanye akak,
“Sazi, nak g majlis Haul tak?”
“Majlis apa?” akak tanya balik.
“Majlis Haul !”
“Majlis memperingati ulamak”
“Oh kat mana? Bila?” akak tanya lagi.
“Mlm ni la, pukul 6 nak bertolak. Dekat masjid kat luar”
Pukul 6? Akak bertanya dalam hati sebab masa tu dah pukul
5.30 dah. Dengan tak mandi nya lagi. Tapi akak setuju je. Akak tak sampai hati
nak tolak sebab mereka bersungguh-sungguh ajak. Lagipon mereka biasanya selalu
ajak akak gi majlis yang baik2, majlis ilmu semua. Akak pon Alhamdulillah selalu
tergerak hati nak pergi majlis ilmu. Semuanya daripada Allah. Alhamdulillah.
Tapi kali ini, akak seriously rasa sedikit berat hati. Satu sebab akak tak tahu
majlis haul tu apa dan macam mana dan satu lagi sebab dia bukan majlis ilmu
kan. Pada fahaman akak, beradasarkan apa yang roommates akak bagitahu tu majlis
sambut hari lahir ulamak. Lebih kurang macam tu. Dalam hati akak masa tu, ada
jugak ke majlis sambut birthday ulamak? (masa tu, zaman jahil = tak tahu, kan)
Tapi akak cuba untuk berhusnuzhon sebab yang pergi tu masha Allah semuanya yang
sikoh2 belaka. Plus, akak seorang je yang tak bertudung labuh yang pergi hari
tu (segan juga hihi). Akak simpan niat masa nak pergi tu, ya Allah aku pergi ni
kerana Engkau walaupun, ye lah akak tak tahu macam mana majlis itu.
Jadi
konklusi nya, Alhamdulillah jasad dan roh akak sampai ke destinasi itu. Dan
akak telah berada dalam satu masjid di mana ada ulamak juga di situ.
Baik habis cerita itu, ada satu hari akak pergi majlis ilmu
di masjid KOM. Masa tu ada seorang Ust (maaf akak dah tak ingat namanya) bagi
ceramah. Masha Allah, Tabarak Allah, banyak sungguh input yang akak dapat.
Salah satunya yang akak boleh link direct dengan situasi dan kehidupan akak
apabila ust tu bercerita tentang kemuliaan para ulamak. Beberapa rangkap bicara
ust itu, lebih kurang begini.
Ada seorang pemuda, dia hendak dimasukkan ke dalam neraka.
Namun sebelum itu, Allah menanyakannya. Ada beberapa soalan, namun banyak yang
akak lupa. Nanti check balik. Antara yang akak ingat,
Allah bertanya,
“Si dia ini ada kenal dengan mana ulamak
tak?”
Si dia menjawab, “tak.”
Kemudian, “Nama si dia ada sama dengan mana-mana ulamak
tak?”
Juga tidak.
Kemudian, “Pernah tak si dia menghadiri majlis di mana ada
ulamak sekali di situ?”
Juga tidak.
Dan akhir sekali, Allah kata, “Aku tahu ada si dia ada
bersahabat dengan seseorang yang mengenali ulamak. Tariklah dia ke syurga.”
Masha Allah, lebih kurang begitulah.
Kita harus memuliakan ulamak kerana merekalah pewaris
Rasulullah. Tengok, walaupun hanya rakan kepada si dia yang kenal dengan para
masyaikh, namaund dengan berkat dan barakah para ulamak itu tadi, Allah telah
memasukkannya ke dalam syurga. Bayangkan kalau kita sendiri yang menyambungkan
batin kita pada para ulamak yang bersambung sanadnya dengan Rasulullah SAW. Tak
terbayang rasanya berkah dan barakah itu. Masha Allah, tarabarak Allah.
Itulah bermula titik dalam kehidupan akak apabila mengetahui
kemuliaan para ulamak. Selepas pada itu, akak berazam untuk tidak melepaskan
peluang menghadiri mana-mana majlis yang ada ulamak sekali dalam majlis itu.
Akak berdoa pada Allah semoga akak tergolong dalam golongan mereka yang dapat
mendekati para ulamak.
Lama selepas itu, akak terdengar ada satu majlis sambutan
maulidur Rasul yang diberi nama al-Jenderami. Majlis itu dikatakan akan dihadiri
oleh ramai ulamak2, al-Habib, para guru dari dalam mahupun luar Malaysia. Masha
Allah. Cepat-cepat akak bagi nama akak untuk menjadi salah seorang peserta
dalam rombongan itu.
Kemudian, akak mendapat tahu pada masa tarikh yang sama akak
ada satu program lain dari organisasi yang akak join di sinilah, uiam kuantan.
Tapi hati akak amat terdorong untuk pergi ke al-jenderami. Walaubagaimanapun
akak tak nak terlepas majlis yang dihadiri oleh para masyaikh, al-Habib ini.
Jadi akhirnya, akak membuat keputusan untuk stay silent hihi. Yelah president
organisasi akak tu selalu tanya, siapa yang tak dapat pergi program ni. Akak
stay silent sebab takut bila bagitahu tak dapat pergi, akak tak dapat beri
reason kenapa. Tapi dalam hati akak memang langsung tak bebelah bahagi nak
pergi al-Jenderami. Akak harus rebut peluang ni. Umur kita sampai mana kita tak
tahu, bukan? Jadi sementara masih ada nafas akak tak nak lepaskan peluang untuk
berada dalam majlis yang ada mereka yang dikasihi Allah di dalamnya.
Mintak-mintak berkah nya sampai pada diri akak.
Nak dijadikan cerita, memang ada halangan. Banyak, sebelum
akak dapat menjejak kan kaki dalam bas untuk ke al-Jenderami. Akak terlambat
sebab masa tu akak ada kelas, akak kena jalan kaki dari KOS hingga ke masjid.
Keluar sebelum kelas habis. Tapi Alhamdulillah hati akak tak tergerak pon untuk
putus asa. Akak gagahkan juga kaki ini melangkah. Memang kalut masa tu, yelah
banyangkan kita nak pergi satu trip yang jauhkan, kena bersedia awal-awal. Tapi
akak kena tergesa-gesa dari kelas. Memang banyak barang yang tertinggal hehe.
Tapi Alhamdulillah akak sampai juga ke sana.
Dan adik-adik nak tahu apa yang akak rasa?
Subahanallah, Maha Suci Allah.
Those two days that I spent there, changed my whole life.
Completely.
Dulu akak buat semua perkara, langsung tak ingat kat
Rasulullah walaupun benda itu adalah sunnah Rasulullah. Contoh, basuh tangan
sebelum makan. Kita selalu buat kan? Tapi kita lupa untuk niatkan dalam hati,
ya Allah, Ya Rasulullah, saksikanlah aku membasuh tangan kerana Rasulullah
membasuh tangan Baginda setiap kali mahu makan. Saksikanlah bahawa aku telah
mengamalkan sunnahnya.
Tapi sekarang akak bertekad hendak hidupkan Rasulullah dalam
hati akak. Kalau seseorang yang dah meninggal atau benda yang hilang, awal-awal
memang kita teringat. Tapi lama-lama, bukankah kita akan melupakannya, kan?
Sebab tu lah, ada yang isteri atau suami yang kahwin lain selepas kematian
pasangan mereka, bukan? It’s a fact. Sebab tu untuk sentiasa ingat pada Nabi
SAW, kita kena hidupkan Baginda dalam hidup kita. Bagaimana? Amalkan
sunnah-sunnahnya. Niat dalam hati, jangan tinggal semua kalau tak mampu nak
buat semua. Pasang niat itu dan rasalah kedaimaian dalam hati.
No comments:
Post a Comment