Friday, March 18, 2011

kita perlu bangun !

asalamualaikum

hai cik blog. nak bangun gi mana?

alhamdulillah segala puji bagi Allah , bersyukur setinggi-tinggi nya kerana kita dikurniakan nikmat islam, iman juga nikmat umat Nabi Muhammad SAW. betapa besarnya tiga nikmat. beruntunglah pada sesiapa yang mengetahui dan mengikat kemas ia. semoga kita tergolong dalam golongan ini. amin.

emm. macam drastik je tajuk entri kali ni ey. tapi tu lah yang aku rasa sekarang ini. kalau ada yang perasaan kita sekarang dalam keadaan yang sangat rugi. kita dicengkam arus sekularism hingga kita terperangkap dalam realiti yang bukan sebenar.

wah. sastera pelik je ayat atas too. credit to dr Abu Hasan ;) *yg penting msj sampai*

maksud aku sebenarnya kita ada benda yang boleh buat kita hebat sebenarnya. benda yang memang kepunyaan kita. siapa kita tu? umat islam !

yes. kita sebenarnya terperangkap dalam idealisme-idealisme baru yang hingga buat kita rasa cara hidup islam yang syumul tu lapuk, ketinggalan. qudwah hasanah kita sendiri pon kita kenal surface2 je. macam mana nak jadi ikutan dan teladan kita ? bukankah tak kenal maka tak cinta ?

jadi apa tunjang permasalahan kita sekarang ? tak cukup kenal idola sepanjang zaman kita ?

maka dari situ kita 'ter'silap memilah idola. idola kita bertukar menjadi 'american idol' ? ataupon 'malaysian idol' ? tak pon 'idola kecil'. tapi rasanya pop-korea idol lagi ramai ni. betul tak ?

tapi ye ke kita anggap yang islam secara syumul tu lapuk? eh, kita solat lah. bulan puasa pun kita puasa. siapa yang tak puasa, memang kena tengok slack la. kan mengamalkan islam tu..

kalau tinggal puasa di bulan ramadhan berdosa, tak tutup aurat tak berdosa ke ? tapi golongan ini di terima baik je kan. bahkan siapa yang tegur mereka dianggap ketinggalan zaman. hello, ni kan trend. takkan tak tahu. guaner kire ni ? ini senjata yahudi. bergembiralah mereka, berjaya rancangan mereka.


bagaimana mana dengan masalah ikhtilat ? yang ini jauh panggang dari api. ramai sangat yang anggap lapuk bila islam itu dilaksanakan. bila bergaulnya lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang dibenarkan syarak, maknanya membuka ruang2 untuk syaitan menjalankan misinya.

maka dengan itu Allah berfirman, 'jangan kamu menghampiri zina.' tapi ramai menafsirkan ayat itu mengikut nafsu mereka. alah, takkan tak boleh nak bergaul lelaki perempuan.

kerana apa ? kerana mereka nak mengaplikasikan indirect learning yang mereka belajar dari cerita *semua bahasa*, lagu-lagu jiwang dan novel-novel cinta. itulah cinta yang mereka belajar. sedang mereka diulit rasa syok dengan cinta yang mereka belajar tu, terpaksalah mereka tutup telinga bila mereka tahu rupanya indirect learning mereka itu sebenarnya silibus palsu.

meraka tersalah defini cinta. kerana apa ? kerana keadaaan sekililing mereka. the environment. maka terbongkarlah satu lagi senjata yahudi. agaknya terbelahak-lahak mereka gelak melihat keadaan kita sekarang.

sebenarnya apa definisi cinta yang sebenar ? cinta yang sebenar tak lain tak bukan, perasaan yang inginkan si dia turut bersama kita di syurga kelak. maka sebarang perkara yang membawa kepada dosa itu tak dikira cinta. maka tak wujud lah bayi melimpah ruah segelinap alam kerana keingkaran manusia dengan ayat quran. dan merajakan nafsu mereka ! *di ambil dari satu blog yg dibaca ptg tadi. nice blog :)

jadi macam mana umat islam nak kembali ke track yang betul ? apa sebenarnya yang umat islam teringgal ?

umat islam akan dapat kemenangan sekiranya ada 4 perkara ini

  1. sentiasa berzikir kepada Allah SWT
  2. apabila ada hubungan dengan Rasulullah ; yakni sentiasa berselawat dan mengikut sunnah baginda
  3. tak dipisahkan ilmu feqah, tauhid dan tasawwuf
  4. selagi memuji Rasulullah SAW ; yakni berqasidah dan sebagainya
    sebab 4 perkara ni lah yahudi cipta macam-macam. untuk menjauhkan umat islam dari 4 perkara ini. *daripada ust talk "iium berselawat"

mereka terapkan hiburan melampau. hasilkan realiti2 show yang melalaikan, movie yang best2, idola2 ciptaan mereka. hanya untuk jauhkan umat islam dari 4 perkara ini. mereka create medium yang dapat memuaskan jasad sehingga umat islam lupa rohani mereka. mendoctorine kita untuk hanya mengejar kepuasan dunia. mengajar silibus palsu.


dan aku melihat kanan dan kiri. dapat aku simpulkan. ya mereka berjaya.

anda pun boleh tengok kiri kanan anda ? bagaimana ?

wallahu alam.

2 comments:

  1. very good entry!
    ssh ble minda org kite kena racun nge org yahudi.
    bile benda mungkar jd perkara bese,lme2 org xpelik if ade org buat benda tu.
    sedih ase tgk.

    *sme2 kite muhasaboh diri :)

    ReplyDelete
  2. solehah ! :)
    betol. betol. betol. kite kena balik ke track yang asal semula. jgn lari jauh sangat dgn islam. nauzubillah. sekarang ni da banyak sangat perkara berlaku. kita da xde mse byk kan ? same-same kita jihad diri lawan hawa nafsu dan sama-sama bersihkan penyakit hati. i'allah. ke arah redha Allah :)

    ReplyDelete