Sunday, March 13, 2011

oh indahnya

assalamualaikum

lama rasanya tak bersua dengan cik blog ni. banyak sangat things going on in my life in these past few days. syukur alhamdulillah, Allah masih memanjangkan nyawaku. masih memberi nikmat yang tak henti-henti padaku. dan Allah masih mahu untuk menegurku. terima kasih ya Allah.

sebenarnya ada dua benda yang aku rasa sangat bersyukur aku di lahirkan dengan itu. aku rasa Allah sangat baik pada aku. Allah sangat sayangkan aku. kerana aku diberi dua perkara itu. alhamdulillah setakat ini dua perkara itu yang membuatkan aku rasa aku sangat beruntung dilahirkan sebagai aku. dan membuatkan aku semakin menghargai diri aku sendiri. tapi sebenarnya aku percaya sebenarnya bertimbun lagi nikmat-nikmat lain yang Allah telah anugerahkan kepada aku. mungkin masa akan membongkar lagi andai diri ini sentiasa dahagakan majlis-majlis ilmu. semoga Allah mengistiqamahkan diriku. amin.

perkara pertama. aku dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. baginda amat mencintai umatnya. sehingga ketika sakaratul maut datang menjemput baginda, perkataan ummati.. ummati.. ummati.. yang meniti di bibir Rasulullah SAW yang mulia itu. boleh bayangkan ketika sakaratul maut yang amat sakit, kata seseorang (aku lupa dari mana), walaupun sudah 50 tahun aku mati, sakit sakaratul maut itu masih kurasakan hingga kini. dan Rasulullah sendiri meminta untuk ditimpakan saja semua sakit sakaratul maut itu padanya jangan pada umatnya. kerana sakitnya maut itu.

masyaAllah, bayangkan Rasul Allah, Kekasih Allah itu segala makhluk di langit bersiap sedia menyambut kedatangan Rasul mulia itu. betapa best dan hebat nikmat yang menanti baginda di dunia sana. ketika saat itu yang ada mindanya bukan semua nikmat itu tapi apa? umati.. ummati.. ummati. umat baginda. siapa tu? akulah. kita semua. bestt nyaa. kita dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad SAW. Rasul terakhir. Kekasih Allah. Manusia paling sempurna di dunia. Rahmatan lil alamin. aku rasa sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan anugerah yang tak ternilai ini pada aku. beruntungnya aku !

next thing that makes me feel seriously happy of being me is i was born as a girl. aku di dunia ini sebagai perempuan. eh, ramai kan tak puas hati dia perempuan. sebabnya perempuan ni susah kena pakai tudung la. kena pakai stokin lagi. susah nak bergaul ! lepas tu kalau dapat harta pusaka pulak seciput je. lelaki banyak pulak dapat. nak jadi saksi pon kena sampai 4 orang. macam perempuan ni tak boleh percaya ye. dan banyak-banyak lagi. ishhhh. rugi noo depe ni. tak tauu ke jadi perempuan ni sangat beruntung. Allah sangat sayangkan perempuan sampaikan dalam quran ada surah khusus pasal perempuan. special nye kita kaum hawa. dan sebenarnya kalau kaum-kaum hawa sekalian nak tahu something. kat anggota badan kita je taw ada nama Allah. tahu tak kat mana? r.a.h.i.m.

yup. rahim kita. dah la kalau kita meninggal bersalin kira mati syahid. diampunkan segala dosa kecik. tak bestt ke tu? islam sangat muliakan kaum hawa. walaupun kita di wajibkan taat kepada suami, tapi si suami tu kena taat tiga kali ganda kepada siapa? ibu dia. kita jugak la tu. anak-anak kita wajib taat pada kita tiga kali ganda isteri dia taat pada dia nanti. ish. beruntungnya aku ya Allah. tu tak masuk lagi nanti kat padang mahsyar ada orang tolong jawabkan untuk kita. ya betol. seorang lelaki akan dimintak untuk dipertanggungjawabkan untuk empat orang. isteri. emak. anak perempuan. adik beradik perempuan. dia akan sangkut kalau tak lepas even sorang. jadi kita akan ada empat orang yang akan tolong jawab untuk kita. suami. ayah. anak lelaki. adik beradik lelaki. betapa sayangnya Allah pada kita. kita ada dua benda yang kita kena jaga untuk memburu syurga Allah. jaga dua ni, i'allah kita akan selamat dunia akhirah.

                 1-taat pada Allah
                 2-taat pada suami

taat pada Allah tu maknanya kita sentiasa bertaubat, beribadat, dan berpuasa. taat pada suami. ye lah. pada si dia pendamping ku nanti. engkaulah cintaku setelah Allah dan Rasul. si dia yang membimbing aku ke arah Rab yang Esa. perintahnya haruslah ku taat selagi Allah dan Rasul membenarkannya. bak kata ust Badli Shah, simple sahaja untuk perempuan masuk syurga. amin. ^^

oh indah betul. best kan jadi aku. aku sangat bersyukur dikurniakan dua perkara ini kepada aku. kepada sesiapa yang juga ada dua benda ini. percayalah anda sangat beruntung, dan yang penting jangan sesekali mensia-siakan kurniaan agung ini.  bersyukur dan peliharalah ia. allahu'alam. :)

No comments:

Post a Comment