Jam kini menunjukkan angka 11. MasyaAllah, dua jam aku hanya
duduk berteleku atas tikar sejadah. Aku tak boleh terus begini. Walau apa pun
yang terjadi, hidup harus diteruskan. Aku berkira-kira mahu ke klinik untuk
mengetahui keadaan diriku yang sebenar. Namun aku teringat kata-kata lelaki itu
yang menyuruh aku menunggunya pulang. Terbantut niatku. Tambahan, seorang
isteri tidak boleh keluar dari rumah tanpa izin suami. Aku amat mengerti itu.
Aku tak mahu digolongkan dalam golongan yang dikatakan Rasulullah SAW,iaitu
golongan wanita yang ramai sekali masuk ke neraka.
Nauzubillahi min zalik
Jadi, aku gagahkan jua kakiku untuk melihat sekeliling rumah
itu. Tiba-tiba satu nada dering hinggap di cuping telingaku. Sepertinya lagu
nasyid namun, tak pernah aku dengar sebelum ini. Aku mencari-cari bunyi itu.
Akhirnya pandanganku berlabuh di sebuah bag tangan berwarna coklat. Ternyata
memang ia datang dari situ. Tanganku pantas menggapai sebuah telefon bimbit. Tertera nama Eyqa di
skrin telefon bimbit itu. MasyaAllah, Eyqa rupanya. Aku cepat-cepat mengangkat
panggilan telefon itu.
“Assalamualaikum.” Perlahan bersama senduku yang masih
bersisa.
“Waalaikumussalam. Ya Allah, Fatimah. Awak sakit ke? Kenapa
tak bagitahu awal-awal? Nasib baik tadi si Ali tu call, bagitahu. Bimbang juga saya, awak tak sampai-sampai kat library. Awak sakit apa Fatimah? Morning sickness ey? Hehe” laju, ibarat kereta yang breknya tidak berfungsi,
Eyqa menuturkan kata-kata.
Aku senyap. Terharu dapat mendengar suara sahabatku yang satu
ini. Namun, gurauan yang terakhirnya membuat aku tersedak. Ya Allah, macam mana
boleh sampai ke situ. Walaubagaimanapun apabila teringat kembali kenakalan sahabatku
yang satu ini, aku kembali tersenyum.
“Eyqa, awak sihat?” tanpa sedar aku melantunkan soalan itu
kepada Eyqa.
“MasyaAllah dia ni. Orang bimbang dia sakit, dia tanya orang
pulak. Awak eh, awak yang tak sihat, bukan saya. Saya setakat sihat Alhamdulillah.
Amboi, kita ni duk sembang macam orang yang dah lama tak jumpa. Padahal kelmarin
baru je naik bas sama-sama. Haha” pecah ketawa Eyqa.
Aku hanya menurut gelak ketawa Eyqa walaupun pada hematku
tidaklah kelakar mana.
“Eh, tapi seriously,
are you okay? Dengar suara Ali tadi macam tak ada teruk mana. But still, I’m worried for you. Dah
pergi jumpa doctor belum?” Eyqa kembali bersuara.
Aku senyap. Terasa bagai hendak saja aku meluahkan
segala-galanya kepada Eyqa saat itu. Terasa seperti hendak menghemburkan segala
persoalan di mindaku ini kepada Eyqa. Namun aku menahan diriku. Walau hati
berkata ya, rasionalku bertegas yang sebaliknya.
“Tak ada apa-apalah Eyqa. Sorry
buat awak tunggu lama kat library tu.
Sekarang awak ada kat mana, still kat
library ke? Dah jumpa bahan tu?” aku
cuba mengawal nada suaraku.
“Jumpa. Saya ada jumpa pasal projek awak je. Sekarang ini
saya duduk kafe, nak makan, lapar!”
Projek aku? Apa tajuknya pun aku sendiri tidak tahu. Jika
bertanya pada Eyqa sekarang, pasti kelihatan janggal. Tidak apalah. Aku tak
mahu menganggu makan tengah harinya.
“Ala, kesiannya dia lapar. Okaylah, tak nak ganggu awak
makan. Hehe.” Aku berbasa-basi.
“Nasib baik faham. Haha. Okay. Okay. Esok lah kita jumpa kat library ye. Lusa kan kita dah nak balik
Kuantan. Sempat kot nak cari bahan.” Eyqa menyambung.
“Waalaikumussalam.”
Sekejap aku termenung. Jumpa esok? Ada keluhan yang berbaki
di hujung ngomelanku.
Entah, mungkin aku harus berbincang dengan lelaki itu soal
ini, walaubagaimanapun lelaki telah bergelar suamiku.
Aku menutup fikiranku berkenaan final year project. Kini aku fokus tentang aktiviti yang ingin aku
lakukan hari ini.
Aku cuba menyusun jadual aktivitiku untuk hari ini di dalam
minda. Mungkin aku boleh membantu mengemas apa yang patut. Aku melihat keadaan
sekeliling. Hmm. Kemas. Aku masuk ke dalam bilik air. Bersih. Kemudian aku
keluar dari bilik tidur, masuk ke ruang tamu. Tiada barang bersepah atas meja.
Lantai, mungkin harus disapu sedikit. Tanganku mencapai penyapu. Lima minit
kemudian aku sudah selesai menyapu lantai kerana ruangan rumah itu tiadalah
luas mana. Setelah berpuas hati dengan keadaan ruang tamu, aku meneruskan
langkah ke dapur. Rasa kagum menyelinap di segenap hatiku. Pinggan mangkuk
semua bersih, rapi di rak pinggan. Sinki tiada sisa, tiada yang tesumbat. Aku
menganggkat tudung saji di atas meja makan, seperti yang ku sangka kosong tiada
makanan. Melihat keadaan itu, tanpa aku sedar seukir senyuman singgah di wajahku.
‘Adakah ini hint
lelaki itu untuk aku memasak?’
Hati kecilku mengomel. Aku berfikir sejenak, mencari idea
untuk memasak.
Tiba-tiba aku merasa senyumanku kian kabur. Aku tidak yakin
aku boleh memasak. Pada ingatanku, aku hanya pernah menolong ibuku memasak di
dapur, tidak pernah aku sendiri. Bagaimana ya? Aduh aku bingung, apa lagi untuk
memasak untuk lelaki itu. Terasa kekok sekali. Malu dan terasa tidak biasa.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
‘Tak perlu rasanya aku memasak, aku pasti dia akan makan
tengah hari di kampus’
Aku seakan terdengar bisikan itu.
‘Eh, akukan seorang isteri. Memasak memang tugas aku. Tak kan
tak nak jalankan jalankan tanggungjawab?’
Bisikan lain yang
membalas.
‘Mungkin dia faham kalau aku tak memasak. Kan tadi dia suruh
duduk rehat saja’
Aku menggangguk-angguk kepala.
‘Tapi kalau dia kecil hati macam mana, dia suami, berdosa aku
nanti’
“Ah, confuse nya,”
satu keluhan akhirnya keluar dari mulutku.
"Fatimah, kau harus menepis bisikan syaitan. Dia kan suami, lakukan kewajipanmu sebagai isteri" akhirnya aku bermonolog sendiri.
Dengan langkah yang perlahan,
aku berjalan ke arah peti ais dengan harapan tiada bahan yang boleh untuk
dimasak. Bolehlah aku jadikan alasan untuk tidak memasak nanti.
Perlahan pintu peti ais aku buka. Aku menepuk dahi. Hmm. Ayam
dalam setengah ekor, bunga kubis, lobak merah, kubis dan sayur sawi. Banyak
pula sayur dia.
“Apa jenis bujang, peti penuh ni” aku mengomel sendiri.
Melihat bahan-bahan itu, aku mengambil keputusan untuk
memasak. Dia nak makan atau tidak itu terpulang, yang penting aku dah lakukan
tanggungjawab aku.
Tomyam ayam! Hanya itu yang dapat aku fikirkan sekarang.
Namun pes tomyam tiada di rumah itu. Aku berfikir untuk keluar beli di kedai
runcit terdekat. Tak dapat tidak, aku perlu memberitahu kepada lelaki itu. Aku
menghantar sms menggunakan telefon bimbit tadi, aku yakin sekali ianya adalah kepunyaanku.
“Salam. Saya ni. Emm,
saya nak keluar beli pes tomyam boleh? Dah tengok kat dapur, takde.”
Pendek smsku. Kemudian aku cuba mencari namanya di dalam contactku. Tiada. Aku mula resah.
Masakan nombor suamiku sendiri aku tiada. Kemudian aku mula mencari dari huruf
A. Aku terjumpa satu nama.
My cute hubby.
MasyaAllah, biar betul. Seakan tidak percaya dengan nama yang tertera. Aku ke
yang tulis ni?
Aduh, kalau betul pon dia kiut, takkan la aku sechildish itu. Aku menggeleng kepala
sendirian.
Dengan sedikit teragak-agak, aku menekan butang send.
Sejurus kemudian, “tut.. tut..”
‘One message received’
Aku menarik nafas dan menekan butang open.
“Okay sayang, kalau
sesat nanti cepat2 call abang ya, luv u ;)”
Terbeliak mataku membaca mesej itu. Merona merah wajahku, tak
dapat dilindung lagi.
“Hish dia ni, tak payah la reply sampai macam itu,” bebelku
sendirian.
Cepat-cepat aku menekan butang back. Tak sanggup berlama-lama membaca mesej itu. Kemudian aku
terus mencapai tudungku. Aku tersenyum, ternyata kini aku sudah bertudung
labuh. Aku sendiri tidak sangka dengan perubahanku itu. Dulu aku hanya
biasa-biasa. Alhamdulillah. Dalam diam, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat
yang Esa kerana telah membuka pintu hatiku. Aku berazam untuk terus bertudung
labuh walaupun aku lupa turning point
yang telah membuat aku berani untuk berubah sedemikian.
Tengah aku bersiap-siap, satu lagi bunyi mesej kedengaran.
Setelah siap menyarungkan sarung kaki, aku membuka mesej itu.
“Salam sayang, lupa
abang nak cakap. Kedai runcit dekat je dengan rumah kita, sayang jalan kaki pon
takpe. Sebelah kiri, sayang jalan depan sedikit Insha Allah jumpe. And satu
lagi, abang balik makan tengah hari kat rumah ye. J”
Berdebar-debar jantungku ketika membaca mesej itu. Dia akan
balik makan? Hatiku mula tak senang, aku masih tak yakin dapat memasak dengan
baik. Ya Allah, aku hanya mampu bertawakal kepadaMu. Aku cuba yang terbaik
untuk menjadi seorang insan bergelar isteri. Semoga saja aku dapat menghiburkan
hati insan yang bergelar suamiku.
Aku melangkah keluar dari rumah. Ternyata memang dekat sahaja
kedai runcit itu. Setelah mendapatkan pes tomyam dan sedikit lagi bahan-bahan
yang lain, aku terus meluru pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku
memulakan aktiviti memasak.
“Bismillahirahmanirahim, ya Allah
moga saja masakan ku ini nampak sempurna di mata insan bergelar suamiku” aku
berbicara sendiri.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment