Assalamualaikum
Segala puji buat Allah SWT kerana masih sudi meminjamkan nikmat iman dan islam kepada hamba-hambaNya yang masih bergelar Islam. Setinggi-tinggi pujian kepada Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan sahabat baginda. Subhanallah, semoga kita berpagi-pagian dengan selawat dan rindu yang mekar utuh untuk Penghulu kita yang mulia, Rasulullah SAW.
Kini masyaAllah banyak benar timbulnya kes-kes orang kristian yang ingin memurtadkan orang Islam. Nauzubillah. Mereka kerja keras dengan bermacam cara, fikir macam mana mahu murtadkan orang islam. Tapi kita orang Islam entah sedar atau tidak. Jadi banyak-banyakkanlah istighfar. Kembali kepada al-quran dan sunnah yang mana telah dijanjikan Nabi SAW bahawa orang Islam tidak akan sesat andai berpegang teguh kepada dua tinggalan Rasulullah ini.
Namun, macam mana hendak kembali kepada al-quran dan sunnah andai kita tak pernah menghafal bahkan mengetahui keseluruhan isi-isinya? Cakap memang senang tapi yang membuatnya payah. Pertama-tamanya mulakan dengan diri sendiri. Bila ada kesedaran diri, cuba mengamalkan amalan untuk membersihkan hati. Beristighfar, kawal diri daripada perbuatan mengumpat, berpuasa. Kemudian dahagakan diri dengan santapan ilmu rohani. Macam mana? Jadikan kita orang yang pertama tahu sebarang majilis ilmu yang akan diadakan. Bukanlah setakat tahu, malah libat dan hadirkan diri. Jika terasa masih susah, kita jangan lupa bahawa kita tidak keseorangan.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
[Al-Fatihah : 5]
Mintalah pertolongan daripada Allah SWT. Mengadulah kepada Dia. Bergantung sepenuhnya hanya kepada Dia. InsyaAllah Dia akan membuka jalan untuk kita.
Nikmat hidup berpandukan al-quran dan sunnah sangat hebat. Talk daripada Dr Jamnul Azhar Mulkan tempoh hari masih terkesan di hati. Betapa beliau memahami al-quran dan hadis kemudian mengaitkannya dengan fakta-fakta sains di mana kita boleh lihat dan faham. Subhanallah betapa hebat, meluas, menyeluruh, lengkap, cantik dan jika mahu dicari, saya rasa tiada perkataan yang mampu untuk mendeskripsi. Itu baru ilmu manusia apatah lagi ilmu Sang Pencipta. Rasa mahu menitis kala itu juga mutiara putih dari kelopak mata. Terharu, kagum, terpana dan rasa rugi juga ada.
Andainya hati-hati muslim ini ditarbiah dari awal lagi dengan al-quran dan sunnah, betapa indah dan damainya negara kita sekarang. Mungkin kita boleh mengembalikan saat-saat kegemilangan Islam yang pernah menerajui 2/3 dunia suatu ketika dahulu. Subahanallah.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh meratapi masa yang telah lepas. Tidak ada gunanya. Kita ada masa sekarang. Tak guna jika hari esok kita masih menyesali apa yang kita lakukan hari ini. Inilah masanya, kita siapkan diri kita untuk mendidik dan mentarbiah bakal anak-anak kita untuk kembali menjadi Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehuddin Al-Ayyubi masa kini.
Mereka yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menaiki takhta ketika hanya pada umur 19 tahun itu tidak menjadi hebat dengan sendirinya. Di belakang beliau ada ayah dan guru yang hebat. Dulunya Sultan Muhammad Al-Fateh seorang kanak-kanak yang suka bermain. Namun ayahnya Sultan Murad II dan ulama besar Syeikh Aq Syamsuddin yang telah memainkan peranan besar dalam mentarbiahkan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Subhanallah. Kembalilah kita kepada Islam. Kembalilah kita kepada al-quran dan sunnah. Jangan jadikan dua panduan besar hidup kita itu menjadi "The Forgotten Guidance"
Juga peringatan buat diri sendiri.
Luangkanlah masa untuk mentaddabur al-quran. Khatam Hadis 40, InsyaAllah boleh menjadi muslim yang mempunyai panduan hidup - Dr Jamnul Azhar Mulkan
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment